AuctionPro.my

We are the exclusive marketing partner of LelongTips.com.my.

We display updated listings of auction properties in Malaysia and provide FREE assistance service for enquiries by telephone or online. Our below market value listing would benefit your property investment as well as for your own use.

go visit
 auctionpro.my
 
get in touch
 012-356 3866
 012-356 3866
 info@auctionpro.my

Kenaikan OPR tak jejaskan permintaan rumah



KUALA LUMPUR: Permohonan pinjaman rumah kekal stabil pada Ogos 2022, sekali gus memberi petunjuk bahawa permintaan bagi hartanah tidak terkesan oleh kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) kerana permintaan disokong oleh pembukaan semula ekonomi.

MIDF Research dalam nota penyelidikannya berkata, menurut data dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM), jumlah permohonan pinjaman bagi pembelian hartanah meningkat kepada RM53.4 bilion pada Ogos 2022, meningkat 4.5 peratus berbanding bulan sebelumnya selepas mencatatkan penurunan bulanan 12.5 peratus pada Julai.

Firma penyelidikan itu berkata, dari segi perbandingan tahunan, permohonan pinjaman bagi pembelian hartanah pada Ogos 2022 melonjak sebanyak 66.1 peratus berikutan asas yang rendah pada Ogos 2021 susulan sekatan pergerakan di Malaysia pada masa itu.

"Jumlah permohonan pinjaman yang diluluskan bagi pembelian hartanah meningkat 2.4 peratus kepada RM23.3 bilion pada Ogos 2022, berbanding penurunan bulanan sembilan peratus pada Julai. Peningkatan kelulusan pinjaman itu terutamanya disebabkan oleh permohonan pinjaman hartanah lebih tinggi pada bulan berkenaan," katanya.

Peningkatan itu mengimbangi peratusan jumlah pinjaman yang diluluskan lebih rendah berbanding permohonan pada Ogos 2022 iaitu 43.6 peratus, berbanding 44.5 peratus pada Julai, kata MIDF Research.

Ia berkata, dari segi perbandingan tahunan, jumlah pinjaman yang diluluskan bagi pembelian hartanah pada Ogos 2022 melonjak 93 peratus berbanding bulan sama tahun lalu, berikutan asas yang rendah pada masa itu selain peratusan jumlah pinjaman diluluskan lebih tinggi iaitu 43.6 peratus berbanding 37.5 peratus pada Ogos 2021.

"Secara keseluruhan, pinjaman diluluskan lebih tinggi adalah sejajar dengan jangkaan kami berlaku pemulihan kecil dalam jualan hartanah baharu bagi pemaju," katanya.

Sementara itu, menurut data yang dikeluarkan oleh Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC), rumah kediaman siap tidak terjual berkurangan kepada 34,092 unit pada suku kedua 2022 daripada 35,592 unit pada suku pertama, disebabkan oleh pembukaan semula ekonomi.

Bilangan rumah siap tidak terjual meningkat melebihi 35,000 pada suku keempat 2021 disebabkan oleh gangguan kepada aktiviti ekonomi daripada beberapa sekatan pergerakan di Malaysia.

Johor mempunyai jumlah rumah siap tidak terjual paling tinggi iaitu 6,040 unit, diikuti oleh Pulau Pinang (5,508 unit), dan Selangor (5,156 unit).
October 18, 2022
Source: Berita Harian
Share:

Recent Posts

More affordable housing making its way to market

More affordable housing making its way to market

Kenanga Research says the property sector continues to improve based on what it sees dissipating concerns over affordability...

January 8, 2025
Harga rumah bertanah di KL, PJ dijangka naik tiga hingga empat peratus

Harga rumah bertanah di KL, PJ dijangka naik tiga hingga empat peratus

Harga rumah kediaman bertanah dua tingkat di Lembah Klang, khususnya di Kuala Lumpur (KL) dan Petaling Jaya (PJ)...

January 8, 2025

Recent Auctions

1 Storey Detached House

1 Storey Detached House

Taman Berjaya Permai, Pahang

RM 500,000

2 Storey Semi Detached House

2 Storey Semi Detached House

Alor Setar, Kedah

RM 500,000

2 Storey Terrace House

2 Storey Terrace House

Taman Seri Andalas, Selangor

RM 600,000

Find Auction Property