AuctionPro.my

We are the exclusive marketing partner of LelongTips.com.my.

We display updated listings of auction properties in Malaysia and provide FREE assistance service for enquiries by telephone or online. Our below market value listing would benefit your property investment as well as for your own use.

go visit
 auctionpro.my
 
get in touch
 012-356 3866
 012-356 3866
 info@auctionpro.my

Belanjawan 2023 sokong keperluan pembeli rumah pertama



KUALA LUMPUR: Belanjawan 2023 yang dibentangkan semula bulan lalu dilihat memberi manfaat kepada pembeli rumah kali pertama selain menyokong pembangunan perumahan mampu milik.

Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Juwai IQI, Kashif Ansari, berkata beliau percaya langkah yang diumumkan dalam belanjawan akan membawa sedikit kestabilan ke dalam pasaran hartanah, tetapi tidak ketara untuk mengubah trend sedia ada.

"Kami masih melihat kedua-dua harga dan stok (rumah) yang tidak terjual meningkat sepanjang baki tahun ini. Ramalan kami untuk tahun ini tidak berubah. Pasaran kediaman akan mengukuh bersama dengan peningkatan sehingga tiga peratus pada tahun ini bagi aktiviti urus niaga.

"Pemaju dengan projek baharu yang menarik akan berjaya melancarkannya di pasaran kerana pembeli tempatan dan asing telah kembali," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengulas mengenai inisiatif sektor hartanah dalam belanjawan, Kashif berkata, peruntukan untuk membantu pekerja ekonomi gig mendapatkan pinjaman gadai janji telah ditingkatkan kepada 20,000 peminjam membabitkan sejumlah RM5 bilion.

Katanya, ini adalah langkah penting kerana, tanpa bantuan sedemikian, jumlah pekerja gig yang akan terpinggir daripada pasaran perumahan akan bertambah.

"Ini (tanpa bantuan pinjaman gadai janji) akan menghalang mereka daripada membina kekayaan yang paling selamat dan strategi paling terbukti iaitu pemilikan rumah.

"Terdapat lebih daripada empat juta pekerja gig di Malaysia, dan individu-individu ini biasanya tidak mempunyai pendapatan tetap, menjadikan mereka sukar untuk mendapatkan gadai janji tradisional daripada bank untuk membeli sebuah rumah.

"Jaminan kredit perumahan untuk pekerja gig ini akan membantu 20,000 rakyat Malaysia membeli rumah sendiri dan memberi lonjakan ke hadapan dalam mewujudkan jaminan kewangan untuk keluarga mereka," katanya.

Kashif menambah, duti setem adalah sumber pendapatan yang penting, tetapi kerajaan telah memutuskan ekonomi akan meraih manfaat lebih banyak daripada lanjutan pengecualian duti setem penuh untuk rumah sehingga RM500,000 hingga akhir tahun 2025.

Katanya, bagi rumah bernilai sehingga RM1 juta pula, kadar pengecualian duti setem akan ditingkatkan sehingga 75 peratus berbanding 50 peratus sebelum ini.

"Pengecualian duti setem adalah penting kerana cukai ini mengurangkan kuasa beli pembeli. Ini menjerat pasangan warga emas di rumah yang terlalu besar buat mereka dan menghalang peluang orang muda untuk membeli rumah yang lebih besar untuk menampung penambahan ahli keluarga.

"Kami percaya bahawa harus ada kelonggaan sedikit untuk membeli atau menjual rumah. Ini adalah salah satu transaksi yang terbesar kebanyakan orang akan buat dalam hidup mereka.

"Maka, mengecualikan pembeli daripada duti setem menghapuskan salah satu kesukaran buat mereka," katanya.
March 7, 2023
Source: Berita Harian
Share:

Recent Posts

More affordable housing making its way to market

More affordable housing making its way to market

Kenanga Research says the property sector continues to improve based on what it sees dissipating concerns over affordability...

January 8, 2025
Harga rumah bertanah di KL, PJ dijangka naik tiga hingga empat peratus

Harga rumah bertanah di KL, PJ dijangka naik tiga hingga empat peratus

Harga rumah kediaman bertanah dua tingkat di Lembah Klang, khususnya di Kuala Lumpur (KL) dan Petaling Jaya (PJ)...

January 8, 2025

Recent Auctions

1 Storey Detached House

1 Storey Detached House

Taman Berjaya Permai, Pahang

RM 500,000

1 Storey Terrace House

1 Storey Terrace House

Taman Harapan, Pahang

RM 300,000

1 Storey Terrace House

1 Storey Terrace House

Taman Desa Meranti Indah, Kedah

RM 180,000

Find Auction Property