AuctionPro.my

We are the exclusive marketing partner of LelongTips.com.my.

We display updated listings of auction properties in Malaysia and provide FREE assistance service for enquiries by telephone or online. Our below market value listing would benefit your property investment as well as for your own use.

go visit
 auctionpro.my
 
get in touch
 012-356 3866
 012-356 3866
 info@auctionpro.my

Harga rumah dijangka naik 5 peratus tahun ini



KUALA LUMPUR: Kumpulan teknologi hartanah global Asia, Juwai IQI mengunjurkan harga rumah kediaman di Malaysia berkembang sebanyak lima peratus pada 2023.

Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Kashif Ansari, berkata Juwai IQI menjangkakan indeks harga rumah Malaysia meningkat sebanyak tiga hingga tujuh peratus pada 2023.

"Sasaran pertumbuhan lima peratus itu adalah asas rujukan kami," katanya dalam satu kenyataan.

Kashif berkata, Indeks Harga Rumah Malaysia meningkat 2.8 peratus pada 2022, yang mana harga rumah teres, rumah bertingkat tinggi dan rumah berkembar dua masing-masing naik sebanyak 3.7 peratus, 3.4 peratus dan 2.9 peratus.

Bagaimanapun, harga rumah berasingan merekodkan penurunan sebanyak 2.9 peratus, katanya.

Walaupun indeks harga rumah di Kuala Lumpur turun sedikit sebanyak 0.2 peratus, Selangor, Johor dan Pulau Pinang meningkat masing-masing sebanyak 3.4 peratus, 2.2 peratus dan 3.2 peratus.

"Kami menjangkakan permintaan terhadap rumah mampu milik kekal kukuh, yang berupaya memacu aktiviti urus niaga dalam julat harga di bawah RM300,000 sehingga suku pertama 2024," katanya.

Mengulas mengenai prestasi tahun lalu, Kashif berkata, pembeli menyelesaikan 243,190 urus niaga bernilai RM94.28 bilion, meningkat sebanyak 22.3 peratus dari segi kuantiti dan 22.6 peratus dalam nilai tahun ke tahun.

Menurutnya, pasaran terus memberi penekanan kepada kediaman jenis kondominium dan rumah teres dengan unit kondominium/pangsapuri mendominasi pelancaran baharu, menguasai 45.0 peratus daripada jumlah keseluruhan, diikuti rumah teres pada 42.2 peratus.

"Kami percaya pengurangan kediaman yang tidak terjual dan peningkatan pelancaran projek baharu dan urus niaga pada 2022 menunjukkan sentimen dan keadaan semakin bertambah baik," katanya.

Beliau berkata, meskipun pasaran hartanah kediaman menunjukkan petanda pertumbuhan, terutamanya dalam segmen hartanah kediaman dan komersial, namun pembeli masih berhati-hati dan faktor luaran seperti pandemik yang berlarutan, prestasi ekonomi dan dasar kerajaan boleh mempengaruhi pasaran.
March 21, 2023
Source: Berita Harian
Share:

Recent Posts

More affordable housing making its way to market

More affordable housing making its way to market

Kenanga Research says the property sector continues to improve based on what it sees dissipating concerns over affordability...

January 8, 2025
Harga rumah bertanah di KL, PJ dijangka naik tiga hingga empat peratus

Harga rumah bertanah di KL, PJ dijangka naik tiga hingga empat peratus

Harga rumah kediaman bertanah dua tingkat di Lembah Klang, khususnya di Kuala Lumpur (KL) dan Petaling Jaya (PJ)...

January 8, 2025

Recent Auctions

2 Storey Semi Detached House

2 Storey Semi Detached House

Alor Setar, Kedah

RM 500,000

2 Storey Terrace House

2 Storey Terrace House

Taman Seri Andalas, Selangor

RM 600,000

1 Storey Terrace House

1 Storey Terrace House

Taman Desa Meranti Indah, Kedah

RM 180,000

Find Auction Property