AuctionPro.my

We are the exclusive marketing partner of LelongTips.com.my.

We display updated listings of auction properties in Malaysia and provide FREE assistance service for enquiries by telephone or online. Our below market value listing would benefit your property investment as well as for your own use.

go visit
 auctionpro.my
 
get in touch
 012-356 3866
 012-356 3866
 info@auctionpro.my

LBS tawar duit raya lebih RM438,800 kepada pembeli rumah


PETALING JAYA: LBS Bina Group Bhd, pemaju perbandaran terkemuka, melancarkan kempen terbaharu iaitu, 'Rezeki Ekstra Dikongsi Kembali' sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Kempen itu menawarkan ganjaran duit raya bernilai lebih RM438,800 bagi mereka yang membeli rumah idaman mereka dengan LBS di samping menikmati enam tawaran bonus.

Pengerusi Eksekutif LBS, Tan Sri Lim Hock San, berkata di dalam bulan Syawal ini, syarikat sangat teruja untuk mengumumkan pelancaran kempen 'Rezeki Ekstra Dikongsi Kembali'.

"Kami percaya bahawa kempen ini bukan sahaja memberi manfaat kepada pembeli kami, malah turut membantu merealisasikan impian mereka untuk memiliki rumah idaman sekali gus menjadikan sambutan Hari Raya kali ini lebih meriah dengan ganjaran bonus dan tawaran menarik.

"Enam tawaran bonus menarik di bawah kempen ini termasuk yuran guaman percuma, ganjaran kesetiaan, skim pembayaran fleksi, yuran tempahan yang rendah, yuran keluar sifar dan pakej kelengkapan perabot.

"Bonus ini bertujuan untuk memberikan pelanggan LBS menikmati pengalaman pembelian yang terbaik di samping memastikan mereka dapat menerima lebih daripada apa yang dijangkakan," katanya dalam kenyataan satu kenyataan.

'Rezeki Ekstra Dikongsi Kembali' adalah lanjutan daripada kempen utama 'LBS Fabulous Extraaa', di mana pembeli rumah bertuah berpeluang memenangi 22 unit kereta Perodua Axia, 41 unit Motosikal SM Sports 110R, 33 unit Sony 5.1 Cinema Home Soundbars, 46 unit basikal gunung Decathlon Rockrider ST30, Televisyen Panasonic 40' dan pelbagai peralatan elektrik bernilai RM1.5 juta.

Selain itu, LBS juga telah memperkenalkan tiga peraduan dalam talian yang menarik menerusi kolaborasi istimewa bersama OGAWA Malaysia bagi merancakkan lagi kempen kali ini.

Sertai permainan dalam talian 'Ekstra Tuah Challenge' menerusi laman web http://raikanrezeki.lbs.com.my, tunjukkan bakat tarian di 'Raya Ekstra TikTok Challenge' atau sertai 'Rezeki Ekstra Raya Giveaway Contest' dan anda mungkin antara yang bertuah untuk memenangi produk premium OGAWA iaitu kerusi urut Smart Reluxe (bernilai RM10,999.00), kerusi urut My Sofa Luxe (bernilai RM8,999.00), pembersih udara, mesin urut kaki, bernilai lebih daripada RM50,000, tertakluk kepada terma dan syarat.

Tempoh kempen 'Rezeki Ekstra Dikongsi Kembali' adalah dari 1 April 2023 hingga 31 Mei 2023.

Untuk maklumat lanjut mengenai bagaimana anda boleh meraikan Hari Raya dengan lebih 'ekstra' di samping memiliki rumah idaman, layari www.lbs.com.my atau hubungi 1700 81 8998.
April 11, 2023
Source: Berita Harian
Share:

Recent Posts

More affordable housing making its way to market

More affordable housing making its way to market

Kenanga Research says the property sector continues to improve based on what it sees dissipating concerns over affordability...

January 8, 2025
Harga rumah bertanah di KL, PJ dijangka naik tiga hingga empat peratus

Harga rumah bertanah di KL, PJ dijangka naik tiga hingga empat peratus

Harga rumah kediaman bertanah dua tingkat di Lembah Klang, khususnya di Kuala Lumpur (KL) dan Petaling Jaya (PJ)...

January 8, 2025

Recent Auctions

1 Storey Detached House

1 Storey Detached House

Taman Berjaya Permai, Pahang

RM 500,000

2 Storey Semi Detached House

2 Storey Semi Detached House

Alor Setar, Kedah

RM 500,000

1 Storey Terrace House

1 Storey Terrace House

Taman Harapan, Pahang

RM 300,000

Find Auction Property