AuctionPro.my

We are the exclusive marketing partner of LelongTips.com.my.

We display updated listings of auction properties in Malaysia and provide FREE assistance service for enquiries by telephone or online. Our below market value listing would benefit your property investment as well as for your own use.

go visit
 auctionpro.my
 
get in touch
 012-356 3866
 012-356 3866
 info@auctionpro.my

Kaji sebelum beli



TINDAKAN pembeli rumah pertama yang membeli hartanah itu tanpa sebarang kaji selidik atau rujukan boleh menyebabkan mereka menghadapi pelbagai masalah.

Ia termasuklah lokasi hartanah itu tidak sesuai didiami atau tidak mampu menjana pendapatan.

Menurut Perunding Hartanah Firdaus & Associates Real Estate Agency SB, Zaidah Ahmad, melakukan sedikit kaji selidik dapat membantu pembeli mengenal pasti risiko termasuklah kesan komitmen pembelian hartanah terhadap kewangan dan juga rutin hidup mereka.

"Memiliki aset hartanah sebaiknya dilakukan pada usia yang muda terutama apabila individu itu tidak memiliki komitmen tinggi.

"Tidak semestinya untuk didiami semata-mata, malah mentaliti mengenai pembelian rumah pertama haruslah difikirkan untuk pelaburan juga.

"Rumah pertama boleh mencipta peluang menjana pendapatan bagi mereka yang bijak mengintai potensi sesuatu prospek hartanah yang dibeli.

"Persiapan mereka adalah dengan melakukan kaji selidik pasaran hartanah baik dari segmen hartanah sekunder atau projek baru," katanya.

Kata Zaidah, pembeli rumah pertama teruja dengan penawaran dan pakej menarik mudah mengabaikan aspek penting dalam pembelian rumah.

"Saya percaya ramai pembeli yang tersilap langkah ketika pembelian rumah pertama. Saya juga antara yang menghadapi situasi sama apabila terburu-buru membuat pembelian satu unit rumah teres 'corner lot' di Seremban, Negeri Sembilan.

"Ketika melawat ke rumah contoh, saya terus membuat keputusan membeli rumah tanpa membuat persediaan sama ada tinjauan kesesuaian dari segi lokasi, harga dan faktor-faktor lain.

"Mujurlah rumah bernilai RM350 ribu dapat dijual dengan penawaran harga lebih baik. Jika tidak, rumah itu berkemungkinan kekal menjadi rumah persinggahan tanpa menjana pendapatan kerana saya bekerja di Kuala Lumpur," katanya.

Tambah perunding hartanah berusia 40 tahun itu lagi, kaji selidik dilakukan terhadap hartanah berpotensi dengan penelitian tahap kewangan individu terlebih dahulu.

"Bagi pemilik rumah pertama, beri masa kepada diri sendiri untuk mengatur profil kewangan selama enam bulan. Untuk yang bekerja sendiri, mungkin perlukan lebih panjang tempoh untuk atur kewangan.

"Pastikan memiliki simpanan sekurang-kurangnya 10 peratus daripada nilai rumah supaya boleh digunakan untuk deposit atau kos berkaitan proses pembelian rumah.

"Penting juga, kenal pasti bajet yang benar-benar sepadan dengan profil kewangan diri dan elak membeli hartanah di luar kemampuan," katanya.

Perkara lain perlu ditinjau bakal pembeli adalah faktor lokasi sama ada selamat dan juga kedudukannya tidak jauh untuk berulang-alik dari tempat kerja.

"Faktor keselamatan dan jarak dengan tempat kerja antara perkara paling penting dalam pembelian hartanah kediaman.

"Dua faktor itu bukan sahaja penting bagi kediaman itu untuk diduduki. Hartanah yang terletak dalam kedudukan strategik dan persekitaran selamat dapat menarik perhatian penyewa," katanya.
May 9, 2023
Source: Harian Metro
Share:

Recent Posts

More affordable housing making its way to market

More affordable housing making its way to market

Kenanga Research says the property sector continues to improve based on what it sees dissipating concerns over affordability...

January 8, 2025
Harga rumah bertanah di KL, PJ dijangka naik tiga hingga empat peratus

Harga rumah bertanah di KL, PJ dijangka naik tiga hingga empat peratus

Harga rumah kediaman bertanah dua tingkat di Lembah Klang, khususnya di Kuala Lumpur (KL) dan Petaling Jaya (PJ)...

January 8, 2025

Recent Auctions

1 Storey Detached House

1 Storey Detached House

Taman Berjaya Permai, Pahang

RM 500,000

1 Storey Terrace House

1 Storey Terrace House

Taman Harapan, Pahang

RM 300,000

2 Storey Terrace House

2 Storey Terrace House

Taman Seri Andalas, Selangor

RM 600,000

Find Auction Property