AuctionPro.my

We are the exclusive marketing partner of LelongTips.com.my.

We display updated listings of auction properties in Malaysia and provide FREE assistance service for enquiries by telephone or online. Our below market value listing would benefit your property investment as well as for your own use.

go visit
 auctionpro.my
 
get in touch
 012-356 3866
 012-356 3866
 info@auctionpro.my

Prospek menarik, ikonik



APABILA memperkatakan berkenaan pelaburan hartanah, tiga kriteria utama iaitu lokasi, harga dan kadar pulangan diambil kira. Societe yang terletak di pusat perbandaran Desa Sri Hartamas, Kuala Lumpur bukan sahaja memenuhi kriteria itu, tetapi turut menawarkan kelebihan unik sebagai projek 'dibina kemudian dijual,' dilengkapi perabot dan projek pegangan bebas. Ia dilancarkan secara rasmi pada 17 Julai lalu.

Desa Sri Hartamas dan Mont Kiara antara lokasi yang terkenal serta popular dalam kalangan masyarakat di Kuala Lumpur. Hartanah di kawasan ini mengalami peningkatan nilai yang menakjubkan sejak awal pembangunannya. Memiliki hartanah di lokasi utama ini menjadi matlamat yang diidamkan ramai pelabur.

Projek Societe SOHO yang dibangunkan SCP Property di bawah Kumpulan SCP bukan sahaja menambah mercu tanda baharu yang mempesonakan kepada Desa Sri Hartamas, tetapi juga memberi kesempatan hebat kepada pelabur untuk memperoleh hartanah yang sangat strategik di lokasi ini.

Pengurus Besar Kumpulan SCP Property, Chuah Jin Teik berkata, Societe adalah sebuah ikonik kerana ia bangunan tertinggi di sekitarnya.

"Harga unit bermula dari hanya RM537,300 menjadikannya ia prospek menarik dan mampu milik bagi pelabur hartanah, terutama kumpulan usia 20 hingga 40 tahun yang menghargai gaya hidup moden.

"Societe juga menandakan projek sulung SCP yang menggunakan konsep dibina kemudian dijual dengan perabot lengkap.

"Konsep ini mendapat sambutan menggalakkan daripada pasaran dengan lebih daripada 60 peratus unit terjual sejurus selepas pelancaran rasmi projek.

"Kami menjangkakan projek itu habis dijual sepenuhnya menjelang akhir tahun ini," katanya.

Sementara itu, Pengurus Projek Kanan Projek SCP, Lucas Wong mengambil contoh unit seluas 499 kaki persegi di mana kos bagi pembeli untuk mengubah suai dan lengkap mengikut piawaian yang ditawarkan Societe adalah sekurang-kurangnya RM120,000.

"Semua perabot, bahan binaan dan peralatan elektrik dipilih dengan teliti untuk memenuhi piawaian hotel yang berkualiti tinggi.

"Societe memberikan pembeli ketenangan fikiran dari segi kos, masa yang dijimatkan dan mengatasi kerumitan melalui proses pengubahsuaian. Selepas menerima kunci unit, penduduk hanya perlu membawa barang peribadi mereka untuk berpindah," katanya.

Societe adalah bangunan mercu tanda 33 tingkat penuh dengan kemodenan dan menempatkan 280 unit SOHO dan 20 unit SOHO Dupleks. Saiz unit terdiri daripada 499 kaki persegi hingga 1,595 kaki persegi.

Dari reka bentuk keseluruhan bangunan hingga perancangan terperinci setiap unit dan kemasukan kemudahan bertaraf dunia, Societe menawarkan penghuninya kehidupan yang penuh dengan kebanggaan, keyakinan dan kecemerlangan.

Sebagai bangunan tertinggi di Desa Sri Hartamas, penduduk Societe dapat menikmati pemandangan panorama Kuala Lumpur dan Mont Kiara.

Tingkat lapan bangunan ini mempunyai Zon Kesenangan yang menawarkan kolam, taman permainan kanak-kanak, padang golf dan gazebo serta kemudahan lain.

Tingkat 30 bangunan itu pula menempatkan Ruang Penjagaan iaitu ruang kecergasan kaca, tempat meditasi, pusat kerja bersama, bilik penciptaan digital, kawasan fotografi dan ruang istirahat.

Pada dasarnya, Societe memenuhi semua aspek keperluan harian penduduk, termasuk kehidupan, kerja, reakreasi dan makanan, menjadikannya tempat yang paling selesa.

Sistem keselamatan beroperasi 24 jam untuk memastikan semua penduduk berasa selamat dan selesa tinggal dalam pembangunan ini.

Penduduk Societe juga dapat menikmati akses mudah ke empat lebuh raya utama iaitu Penchala Link, Sprint Expressway, Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (Duke) dan Kerinchi Link.
August 8, 2023
Source: Harian Metro
Share:

Recent Posts

More affordable housing making its way to market

More affordable housing making its way to market

Kenanga Research says the property sector continues to improve based on what it sees dissipating concerns over affordability...

January 8, 2025
Harga rumah bertanah di KL, PJ dijangka naik tiga hingga empat peratus

Harga rumah bertanah di KL, PJ dijangka naik tiga hingga empat peratus

Harga rumah kediaman bertanah dua tingkat di Lembah Klang, khususnya di Kuala Lumpur (KL) dan Petaling Jaya (PJ)...

January 8, 2025

Recent Auctions

1 Storey Detached House

1 Storey Detached House

Taman Berjaya Permai, Pahang

RM 500,000

2 Storey Semi Detached House

2 Storey Semi Detached House

Alor Setar, Kedah

RM 500,000

1 Storey Terrace House

1 Storey Terrace House

Taman Desa Meranti Indah, Kedah

RM 180,000

Find Auction Property