AuctionPro.my

We are the exclusive marketing partner of LelongTips.com.my.

We display updated listings of auction properties in Malaysia and provide FREE assistance service for enquiries by telephone or online. Our below market value listing would benefit your property investment as well as for your own use.

go visit
 auctionpro.my
 
get in touch
 012-356 3866
 012-356 3866
 info@auctionpro.my

Inap desa biar selesa



Kini ramai dalam kalangan pemilik yang menjadikan rumah yang tidak diduduki sebagai rumah penginapan atau rumah inap desa.

Pengerusi Pertubuhan Penginapan Kediaman Pelancongan Malaysia, Suhairi Sulaiman berkata, perkara ini berlaku disebabkan atas beberapa faktor termasuk pemilik terpaksa berpindah ke lokasi lain dan mendapat permintaan yang tinggi untuk penginapan.

"Pada peringkat awal kebanyakan daripada mereka membeli kediaman untuk dijadikan tempat tinggal, namun apabila terpaksa berpindah, selain disewakan, ada yang menjadikan kediaman sebagai rumah penginapan.

"Selain itu, kedudukan yang strategik menjadikan kediaman itu, mendapat permintaan untuk penginapan.

"Bayaran yang diperoleh daripada pelanggan bukan sahaja dapat digunakan untuk membayar pinjaman rumah dan menampung kos penyelenggaraan, malah ada dalam kalangan mereka mampu menjana pendapatan," katanya.

Jelasnya, melihat potensi yang dimiliki, ramai dalam kalangan pemilik yang berada di lokasi kurang strategik mula mengubah suai kediaman dengan konsep yang dapat menarik pelanggan.

"Sebagai contoh, terdapat pemilik yang mengubah suai kediaman yang berada di tengah bandar Kuala Lumpur dengan konsep tradisional.

"Dengan pengubahsuaian ini, pemilik boleh mengenakan caj yang berpadanan dengan 'pengalaman' yang diperoleh pelanggan di kediaman itu," katanya.

Selain itu, terdapat pemilik kediaman yang menyediakan kemudahan tambahan lain termasuk kolam renang, kemudahan Internet, penapis air dan sebagainya untuk menambah nilai kediaman terbabit.

Suhairi berkata, bagi individu yang ingin menjadikan kediaman sebagai rumah penginapan persendirian perlu mengambil kira lokasi yang bersesuaian.

"Lokasi kediaman berada di kawasan yang menjadi tumpuan pengunjung termasuk kawasan tarikan pelancongan, pusat perniagaan, institusi pendidikan dan fasiliti kesihatan amat mampu menjana pendapatan berterusan.

"Lokasi yang strategik ini, akan menjadi daya penarik untuk meningkatkan permintaan terhadap penginapan pada harga yang lebih berpatutan," katanya.

Bagaimanapun, Suhairi menasihatkan pemilik kediaman supaya tidak terburu-buru mengubahsuai kediaman untuk dijadikan sebagai rumah penginapan.

Katanya, pemilik perlu mengenal pasti syarat-syarat untuk mendapatkan lesen dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

"Setiap kawasan PBT mempunyai syarat yang berbeza dan sekiranya gagal berbuat demikian, pemilik boleh dikenakan tindakan.

"Selain itu, pemilik perlu kenal pasti kawasan persekitaran, sama ada kejiranan boleh menerima kediaman dijadikan sebagai penginapan kerana dibimbangi boleh menyebabkan kacau ganggu kepada jiran dan penduduk sekitar.

"Mereka yang mendapat lesen dari PBT, perlu mendaftar sebagai Premis Penginapan Pelancong (PPP) yang boleh dilaksanakan secara dalam talian melalui Sistem Pelesenan dan Penguatkuasaan Pelancongan (TOURLIST)," katanya.
August 29, 2023
Source: Harian Metro
Share:

Recent Posts

'Hartanah perlu perlindungan insurans'

'Hartanah perlu perlindungan insurans'

Hartanah sering terdedah kepada risiko seperti kebakaran, kilat, letupan, kecurian, tanah runtuh, paip pecah...

April 16, 2025
Local REITs offer a safe haven for investors

Local REITs offer a safe haven for investors

Despite the uncertainty roiling the global economic landscape, Malaysian real estate investment trusts (REITs)...

April 16, 2025

Recent Auctions

1 Storey Terrace House

1 Storey Terrace House

Bandar Baru Chendor, Pahang

RM 230,000

1 Storey Semi Detached House

1 Storey Semi Detached House

Taman Sri Pantai, Pahang

RM 350,000

[Road accessible] Lands Selling at En Bloc Basis [6 min to Mahkota Parade; 7 min to Dataran Pahlawan Melaka Megamall]

[Road accessible] Lands Selling at En Bloc Basis [6 min to Mahkota Parade; 7 min to Dataran Pahlawan Melaka Megamall]

Kawasan Bandar XXXVII, Melaka

RM 900,000

Find Auction Property