AuctionPro.my

We are the exclusive marketing partner of LelongTips.com.my.

We display updated listings of auction properties in Malaysia and provide FREE assistance service for enquiries by telephone or online. Our below market value listing would benefit your property investment as well as for your own use.

go visit
 auctionpro.my
 
get in touch
 012-356 3866
 012-356 3866
 info@auctionpro.my

'Rumah siap tak terjual di Johor membimbangkan'



KUALA LUMPUR: Isu kediaman siap tidak terjual di Johor masih menjadi kebimbangan besar dan campur tangan kerajaan adalah penting untuk menangani cabaran yang dihadapi oleh sektor hartanah di negeri itu.

Ia khususnya selepas beberapa pemaju hartanah dilihat rancak membeli tanah di negeri itu dengan minat baharu yang timbul daripada beberapa pemangkin termasuk kemungkinan pembinaan Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura dan Sistem Transit Rapid (RTS) Johor Bahru-Singapura.

Penganalisis Kenanga Research, Clement Chua, berkata pandangan itu turut dikongsi oleh perunding hartanah, Ho Chin Soon Research (HCS) yang menjelaskan bahawa walaupun terdapat bukti minat ditunjukkan oleh pemaju terhadap Johor, adalah penting untuk menangani masalah lebihan bekalan terlebih dahulu selain lebih berhati-hati mempertimbangkan projek-projek baharu oleh pemaju terbabit.

"Pada pandangan kami, pertumbuhan Johor tidak akan bergantung sepenuhnya kepada RTS terutamanya dengan jangkaan tarikh siapnya adalah pada 2026, dengan prospek dibina berdasarkan kemakmuran ekonomi negeri itu," katanya dalam satu nota penyelidikan.

Menurut laporan Pasaran Hartanah Separuh Pertama 2023 oleh Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC), masih berlaku isu kediaman siap tidak terjual atau dipanggil sebagai 'overhang' yang siginifikan di Johor.

Johor kekal dengan bilangan kediaman siap tidak terjual tertinggi dalam negara dengan 4,717 unit diikuti Selangor dengan 4,307 unit dengan kedua-dua negeri itu masing-masing merekodkan nilai kediaman siap tidak terjual lebih RM4 bilion.

Kondominium dan pangsapuri merangkumi majoriti (58 peratus daripada keseluruhan) unit tidak terjual, mencerminkan keperluan supaya pemaju yang membeli tanah di Johor memastikan bahawa projek mereka dimajukan dengan baik dan tanah berkenaan benar-benar matang untuk menarik pembeli berpotensi untuk melabur dalam hartanah yang dibangunkan.

Chua berkata, tiga pemaju hartanah iaitu Mah Sing, Scientex dan EcoWorld masing-masing membeli tanah di Johor pada Jun, Julai dan bulan ini.

"Walaupun minat pemaju terhadap projek di Johor terserlah, perspektif kami berbeza berhubung peranan RTS sebagai pemangkin untuk menghidupkan semula pusat bandar Johor Bahru.

"Meskipun kami menjangkakan Johor Bahru akan dihidupkan semula, kami percaya ia satu proses yang berperingkat disebabkan oleh situasi kediaman siap tidak terjual yang sedia ada.

"Selain itu, kami juga difahamkan bahawa pembelian tanah yang dinyatakan itu secara progresif menuju ke arah pinggir pusat bandar yang bergantung kepada sejauh mana pembangunan pengangkutan awam dapat meningkatkan kesalinghubungan," katanya.

Sementara itu, beliau menjangkakan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membangunkan 'zon kewangan khas' akan dapat memberikan nafas baharu kepada perbandaran Forest City, projek penting di Iskandar Malaysia yang pada awalnya menyasarkan sehingga 700,000 penduduk.

Katanya, buat masa ini hanya 9,000 penduduk yang mendiami perbandaran Forest City.

"Walaupun ada insentif kerajaan, kami berpandangan bahawa projek itu masih lagi terlalu bercita-cita tinggi, memerlukan tambahan usaha untuk menarik lebih ramai penduduk.

"Memandangkan pemaju Forest City, Country Garden, sedang bergelut, usaha drastik mungkin diperlukan daripada China dan Malaysia untuk menghidupkan semula pembangunan itu yang agak tidak menunjukkan kemajuan," katanya.
September 19, 2023
Source: Berita Harian
Share:

Recent Posts

More affordable housing making its way to market

More affordable housing making its way to market

Kenanga Research says the property sector continues to improve based on what it sees dissipating concerns over affordability...

January 8, 2025
Harga rumah bertanah di KL, PJ dijangka naik tiga hingga empat peratus

Harga rumah bertanah di KL, PJ dijangka naik tiga hingga empat peratus

Harga rumah kediaman bertanah dua tingkat di Lembah Klang, khususnya di Kuala Lumpur (KL) dan Petaling Jaya (PJ)...

January 8, 2025

Recent Auctions

1 Storey Detached House

1 Storey Detached House

Taman Berjaya Permai, Pahang

RM 500,000

2 Storey Terrace House

2 Storey Terrace House

Taman Seri Andalas, Selangor

RM 600,000

1 Storey Terrace House

1 Storey Terrace House

Taman Desa Meranti Indah, Kedah

RM 180,000

Find Auction Property