AuctionPro.my

We are the exclusive marketing partner of LelongTips.com.my.

We display updated listings of auction properties in Malaysia and provide FREE assistance service for enquiries by telephone or online. Our below market value listing would benefit your property investment as well as for your own use.

go visit
 auctionpro.my
 
get in touch
 012-356 3866
 012-356 3866
 info@auctionpro.my

Selangor komited siapkan 45,000 rumah mampu milik



GOMBAK: Kerajaan Negeri Selangor komited dalam pembangunan rumah mampu milik dengan menyasarkan 45,000 unit dijangka siap dibina menjelang akhir tahun ini, kata Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Beliau berkata, dari Mei 2018 hingga Ogos tahun ini, sebanyak 40,000 unit rumah mampu milik telah siap dibina di negeri itu.

Katanya, sebelum itu bagi tempoh 2018 hingga 2023, Kerajaan Negeri Selangor menyasarkan untuk membangunkan rumah mampu milik sebanyak 30,000 unit.

"Selangor adalah antara negeri juara dalam menyiapkan rumah mampu milik. Dalam tempoh 2018 hingga 2023, rumah yang siap dibina adalah 40,000 dan menjelang akhir tahun ini (disasarkan) sebanyak 45,000.

"Menjelang 2025 hingga 2026 dijangka lebih banyak unit akan dibangunkan," katanya pada sidang media sempena majlis penyerahan kunci 420 unit Pangsapuri Selangorku @ Seri Temenggung di sini, hari ini.

Pangsapuri Selangorku @ Seri Temenggung adalah projek usaha sama antara Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dengan Rexpoint Resources Sdn Bhd, syarikat sekutu Kumpulan Melati Ehsan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan dan Keusahawanan) PKNS, Suhaimi Kasdon, berkata  Pangsapuri Selangorku @ Seri Temenggung adalah satu contoh yang nyata bagaimana kerjasama antara PKNS dengan syarikat pembinaan terkemuka seperti Rexpoint Resources  dapat mencapai kejayaan dalam membangunkan perumahan yang berkualiti untuk rakyat Selangor khususnya.

Beliau berkata, kerjasama strategik yang telah dimeterai bermula 2017 telah membuktikan komitmen PKNS dalam memastikan projek itu berjalan dengan lancar, walaupun terpaksa menempuhi beberapa halangan dan kekangan termasuklah pandemik COVID-19, kenaikan harga barang binaan, krisis ekonomi global dan sebagainya.

"Pangsapuri Selangorku @ Seri Temenggung bukanlah sekadar pembangunan fizikal, tetapi ia adalah tempat di mana impian menjadi kenyataan.

"Ia adalah kediaman kepada 420 keluarga yang kini memiliki tempat yang berkualiti, selamat dan selesa untuk mereka panggil rumah," katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Melati Ehsan, Datuk Cheah Jit Peng, berkata sebelum projek itu diambil alih pihaknya, 20 peneroka asal Kg Seri Temenggung ditawarkan unit Rumah Selangorku berkeluasan 850 kaki persegi (kps) dengan harga RM65,000.

Walau bagaimanapun, beliau berkata, Kumpulan Melati Ehsan telah menawarkan unit yang lebih luas iaitu 900 kps pada harga yang sama.

"Meskipun berdepan pelbagai cabaran akibat pandemik COVID-19, hasil jasa baik dan sokongan pihak Pejabat Tanah Dan Galian Selangor, Pejabat Tanah Gombak, Majlis Perbandaran Selayang, Lembaga Perumahan Hartanah Selangor dan semua agensi terbabit membolehkan kami melaksanakan kerja pembinaan Rumah Selangorku dan Bayu Residensi mengikut jadual," katanya.

Pangsapuri Selangorku @ Seri Temenggung dijual pada harga RM100,0000 bagi 750 kps, RM160,000 (900 kps) dan RM220,000 (1,000 kps).

Projek pembangunan itu adalah jenis mampu milik, berpagar dan mempunyai beberapa jenis kemudahan komuniti seperti taman permainan kanak-kanak, surau, dewan serba guna, bilik tadika, bilik permainan, bilik bacaan, bilik mesyuarat dan lain-lain.

Projek itu terletak di lokasi yang strategik dengan kemudahan rangkaian jalan raya utama seperti Lebuh Utama Seri Gombak, Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) dan Lebuhraya Duta-Ulu Klang (DUKE).

Kemudahan awam yang berhampiran termasuk kompleks sukan, dewan masyarakat, taman hijau rekreasi, pasar raya besar, kedai komersial, sekolah dan hospital.
September 27, 2023
Source: Berita Harian
Share:

Recent Posts

More affordable housing making its way to market

More affordable housing making its way to market

Kenanga Research says the property sector continues to improve based on what it sees dissipating concerns over affordability...

January 8, 2025
Harga rumah bertanah di KL, PJ dijangka naik tiga hingga empat peratus

Harga rumah bertanah di KL, PJ dijangka naik tiga hingga empat peratus

Harga rumah kediaman bertanah dua tingkat di Lembah Klang, khususnya di Kuala Lumpur (KL) dan Petaling Jaya (PJ)...

January 8, 2025

Recent Auctions

2 Storey Semi Detached House

2 Storey Semi Detached House

Alor Setar, Kedah

RM 500,000

2 Storey Terrace House

2 Storey Terrace House

Taman Seri Andalas, Selangor

RM 600,000

1 Storey Terrace House

1 Storey Terrace House

Taman Desa Meranti Indah, Kedah

RM 180,000

Find Auction Property