AuctionPro.my

We are the exclusive marketing partner of LelongTips.com.my.

We display updated listings of auction properties in Malaysia and provide FREE assistance service for enquiries by telephone or online. Our below market value listing would benefit your property investment as well as for your own use.

go visit
 auctionpro.my
 
get in touch
 012-356 3866
 012-356 3866
 info@auctionpro.my

Ramai ingin miliki rumah



PASARAN hartanah negara dijangka terus berkembang apabila ramai dalam kalangan masyarakat yang memberi isyarat ingin memiliki rumah pada tahun ini.

Presiden Persatuan Perunding Hartanah Muslim Malaysia (Peham), Sr Ishak Ismail berkata, berdasarkan tinjauan pendapat yang dilakukan beberapa pihak menunjukkan 70 peratus daripada responden merancang untuk membeli rumah pada tahun ini.

"Secara keseluruhan, saya optimis dengan pasaran hartanah apabila melihat isyarat yang diberikan masyarakat yang mempunyai keinginan tinggi untuk memiliki rumah sendiri pada tahun ini.

"Saya melihat sentimen untuk membeli rumah itu ada, cuma mereka perlu menyusun kaedah perbelanjaan bagi memastikan ia dapat direalisasikan," katanya.

Menurutnya, pihaknya menjangkakan pasaran rumah dijangka terus mendominasi sehingga 80 peratus jumlah transaksi hartanah di negara ini pada tahun ini.

"Pasaran hartanah dilihat masih tertumpu kepada rumah mampu milik berharga RM300,000 hingga RM500,000. Sehingga kini kategori hartanah ini masih hangat di pasaran hartanah negara.

"Bagaimanapun, saya lihat trend tahun ini, tumpuan lebih diberikan terhadap pemaju yang melaksanakan projek menitikberatkan kemampanan seperti rumah pintar, kawasan hijau dan sebagainya," katanya.

Beliau berkata, kemudahan pembiayaan yang ditawarkan beberapa bank yang sangat agresif memberikan margin yang baik kepada pembeli rumah dapat membantu merancakkan sektor hartanah pada tahun ini.

"Ada bank yang menyediakan pinjaman perumahan untuk dua generasi, memperkenalkan produk inovatif seperti skim sewa untuk beli (RTO) dan menyediakan pembiayaan ubah suai rumah. Saya melihat produk yang disediakan bank ini membantu dan menarik pembeli membeli rumah mereka pada tahun ini.

"Selain itu, saya melihat kestabilan politik yang dimiliki kerajaan turut menyumbang kepada keyakinan pemain industri mengembangkan sektor hartanah ," katanya.

Mengulas lanjut, Ishak berkata, beberapa dasar yang diperkenalkan juga dapat membantu rakyat memiliki rumah.

"Antaranya adalah dasar gaji progresif dan gaji minimum dilihat dapat menambah pendapatan rakyat yang memerlukan. Peningkatan pendapatan ini memberi peluang kepada mereka membeli rumah.

"Selain itu, rancangan kerajaan yang memberi subsidi bersasar kepada mereka yang layak dapat membantu mereka memiliki rumah mampu milik. Melalui inisiatif ini, kerajaan dapat membiayai pelbagai projek infrastruktur yang akhirnya memberi sumbangan penting kepada sektor hartanah," katanya.

Ishak berharap kerajaan mengawal peningkatan kos bahan binaan yang dilihat boleh memberi kesan kepada sektor hartanah.

"Saya melihat kos bahan binaan menyebabkan sedikit masalah dan ia perlu diuruskan terutama apabila mata wang kita tidak begitu baik. Walaupun ada sedikit peningkatan ringgit sejak beberapa minggu ini, ia perlu dilihat dalam tempoh beberapa minggu atau bulan akan datang.

"Peningkatan ringgit ini penting supaya kos barang dan bahan binaan dapat dijimatkan dan memberi impak yang baik kepada sektor hartanah," katanya.

Ditanya sama ada peningkatan kos sara hidup memberi kesan terhadap kecenderungan membeli rumah, Ishak melihat rakyat boleh mengimbanginya dengan menyusun semula keutamaan.

"Keutamaan utama adalah makanan dan kita boleh membuat penyusunan kaedah berbelanja makanan sama ada kurang makan di luar, bawa bekal dan mungkin tidak berbelanja di tempat makanan viral.

"Kedua adalah untuk memperoleh tempat tinggal di negara ini mempunyai dua pilihan sama ada kita membeli atau menyewa mengikut kemampuan masing-masing," katanya.

Katanya, bagi bakal pembeli rumah dinasihatkan supaya sentiasa mengikut perkembangan semasa kerana pasaran hartanah sangat dinamik dan dipengaruhi banyak faktor.
January 9, 2024
Source: Harian Metro
Share:

Recent Posts

More affordable housing making its way to market

More affordable housing making its way to market

Kenanga Research says the property sector continues to improve based on what it sees dissipating concerns over affordability...

January 8, 2025
Harga rumah bertanah di KL, PJ dijangka naik tiga hingga empat peratus

Harga rumah bertanah di KL, PJ dijangka naik tiga hingga empat peratus

Harga rumah kediaman bertanah dua tingkat di Lembah Klang, khususnya di Kuala Lumpur (KL) dan Petaling Jaya (PJ)...

January 8, 2025

Recent Auctions

1 Storey Detached House

1 Storey Detached House

Taman Berjaya Permai, Pahang

RM 500,000

1 Storey Terrace House

1 Storey Terrace House

Taman Harapan, Pahang

RM 300,000

1 Storey Terrace House

1 Storey Terrace House

Taman Rishah, Perak

RM 260,000

Find Auction Property