AuctionPro.my

We are the exclusive marketing partner of LelongTips.com.my.

We display updated listings of auction properties in Malaysia and provide FREE assistance service for enquiries by telephone or online. Our below market value listing would benefit your property investment as well as for your own use.

go visit
 auctionpro.my
 
get in touch
 012-356 3866
 012-356 3866
 info@auctionpro.my

Peningkatan permohonan pinjaman, cermin pertambahan permintaan hartanah - Penganalisis



KUALA LUMPUR: Kenaikan jumlah permohonan pinjaman untuk pembelian hartanah pada April 2024 yang meningkat kepada RM52.9 bilion seperti dilaporkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) menunjukkan permintaan yang tinggi terhadap hartanah, menurut MIDF Research.

Dalam nota penyelidikannya, katanya permohonan pinjaman yang tinggi itu sejajar dengan jangkaan MIDF Research mengenai permintaan yang lebih kukuh pada 2024 berikutan prospek sektor hartanah yang lebih baik dan status quo Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada tiga peratus.

Selain itu, katanya pinjaman diluluskan untuk pembelian hartanah kembali kepada pertumbuhan tahun ke tahun sebanyak 15.2 peratus pada April 2024, didorong terutamanya oleh permohonan pinjaman yang tinggi.

"Kami berpendapat kelulusan pinjaman perlu kekal menggalakkan pada masa akan datang berikutan permohonan pinjaman yang tinggi. Ini akan membawa kepada prospek jualan baharu yang lebih baik untuk pemaju," katanya.

Secara keseluruhan, pertumbuhan pendapatan pada suku pertama 2024 untuk syarikat hartanah adalah positif, didorong oleh pengiktirafan yang tinggi daripada projek hartanah apabila isu kekurangan tenaga kerja telah selesai manakala jualan hartanah baharu yang lebih baik turut menyokong pertumbuhan pendapatan.

"Jualan baharu syarikat hartanah pada suku pertama 2024 sebahagian besarnya dijangka memenuhi jangkaan berikutan minat belian yang kekal baik," katanya.

Sementara itu, beberapa syarikat hartanah, Mah Sing Group, UEM Sunrise dan Sime Darby Property, menceburi industri pusat data baru-baru ini untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap pusat data di Malaysia.

"Kami melihat usaha oleh syarikat hartanah itu secara positif berikutan langkah tersebut meningkatkan nilai pegangan tanah mereka. Ia turut meningkatkan pendapatan berulang mereka dalam bentuk sewa atau perkongsian keuntungan daripada perniagaan pusat data.

"Kami percaya pendapatan daripada pusat data akan kekal stabil berikutan permintaan yang meningkat di Malaysia," katanya.

Menurut data yang dikeluarkan oleh Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC), kediaman tidak terjual merosot kepada 24,208 unit pada suku pertama 2024 daripada 25,816 unit pada suku keempat 2023, dengan Perak mempunyai hartanah siap tidak terjual tertinggi sebanyak 4,588 unit pada suku pertama 2024 berbanding 4,598 unit pada suku keempat 2023.

"Secara keseluruhannya, kediaman tidak terjual terus menurun pada suku pertama 2024. Ia merosot kepada paras terendah sejak 2018. Ini adalah positif untuk sektor hartanah," katanya.

Oleh itu, MIDF Research mengekalkan saranan positif terhadap sektor hartanah dengan saranan "Beli" untuk Mah Sing Group dan Matrix Concepts dengan harga sasaran, masing-masing sebanyak RM1.83 dan RM2.00.
June 12, 2024
Source: Berita Harian
Share:

Recent Posts

Affordable housing prices maintained despite implementation of targeted diesel subsidy — deputy minister

Affordable housing prices maintained despite implementation of targeted diesel subsidy — deputy minister

Affordable housing prices remain below RM300,000 per unit, despite the implementation of targeted diesel subsidies

June 26, 2024
Pilih pemaju ada kredibiliti

Pilih pemaju ada kredibiliti

Lelaki berusia 42 tahun ini mengakui jenama syarikat perumahan baik semestinya mempunyai profil pemaju yang baik

June 26, 2024

Recent Auctions

2 Storey Terrace House

2 Storey Terrace House

Taman Nusa Bestari, Johor

RM 610,000

1 Storey Low Cost Terraced House - Intermediate Lot

1 Storey Low Cost Terraced House - Intermediate Lot

Taman Ria Jaya, Kedah

RM 160,000

Freehold 2 Storey Terrace House, Corner Lot [Opposite Bandar Dato Onn Shop lots; Neighbouring Taman Mount Austin, Taman Seri Austin & Setia Tropika; 4 min to AEON Mall Bandar Dato' Onn]

Freehold 2 Storey Terrace House, Corner Lot [Opposite Bandar Dato Onn Shop lots; Neighbouring Taman Mount Austin, Taman Seri Austin & Setia Tropika; 4 min to AEON Mall Bandar Dato' Onn]

Bandar Dato Onn, Johor

RM 820,000

Find Auction Property