AuctionPro.my

We are the exclusive marketing partner of LelongTips.com.my.

We display updated listings of auction properties in Malaysia and provide FREE assistance service for enquiries by telephone or online. Our below market value listing would benefit your property investment as well as for your own use.

go visit
 auctionpro.my
 
get in touch
 012-356 3866
 012-356 3866
 info@auctionpro.my

Ketahui risiko skim RTO



SATU kaedah kerajaan dalam membantu milikan hartanah kediaman bagi rakyat adalah menerusi skim sewa beli atau 'rent to own' (RTO).

Sistem ini biasanya dilaksanakan kerajaan menerusi berkolaborasi bersama institusi kewangan atau inisiatif pemaju itu sendiri.

Malah skim ini rancak diperkenalkan ketika pandemik dan pasca pandemik Covid-19 dalam melonjakkan pasaran hartanah.

Ia meliputi nilai hartanah sehingga RM500,000 dengan pengecualian cukai.

Meskipun skim ini tampak memberi kebaikan, namun bakal pembeli perlu meneliti kelebihan dan kelemahan skim RTO ini bagi mengelak sebarang kesulitan dalam proses terbabit.

Berikut disenaraikan kelebihan dan kekurangan skim sewa beli agar bakal pembeli lebih arif dengan terma serta syarat menerusi penawaran skim terbabit.

Kelebihan

1. Membuka peluang kepada pembeli tidak berkemampuan untuk memiliki aset hartanah

Contohnya dalam situasi ini kebanyakan merujuk kepada masalah dihadapi pembeli pertama.

Tidak mampu menyediakan deposit dan kos lain-lain dalam pembelian rumah. Malah skim ini dikatakan cukup ideal untuk keluarga baru atau golongan profesional yang masih belum layak untuk memohon pembiayaan perumahan.

Mekanisme milikan menerusi skil sewa beli bergantung pada jenis skim atau penawaran oleh institusi kewangan atau pemaju.

Program Perumahan Rakyat 1Malaysia [PR1MA] antara skim yang disediakan sebelum ini.

2. Boleh meneliti potensi atau prospek hartanah terlebih dahulu sebelum membeli

Sewa beli adalah milikan rumah menerusi menyewa dahulu untuk satu tempoh sebelum pemilik boleh membeli hartanah terbabit.

Secara tidak langsung memberi peluang kepada bakal pemilik menyemak atau melihat kesesuaian hartanah itu dengan keperluan mereka.

Sekurang-kurangnya, jika ada sesuatu berlaku dalam tempoh sewaan contoh kualiti rumah teruk atau bakal pembeli kediaman itu mengalami masalah untuk membayar ansuran, pembeli boleh menilai semula keputusan untuk membeli rumah terbabit.

3. Boleh dapat penawaran harga lebih baik untuk kediaman terbabit

Apabila menggunakan kaedah sewa beli, biasanya bakal pemilik kediaman mendapat harga yang lebih baik.

Nilai belian hartanah itu berdasarkan harga ketika mengikat perjanjian dalam skim sewa beli.

Walaupun hartanah terbabit harganya meningkat, tetapi bakal pemilik masih boleh membeli pada harga lama.

Sebaiknya untuk dapat peluang itu, bakal pemilik hartanah perlu teliti terma dalam perjanjian sewa beli itu.

Kekurangan

1. Status pemilik masih belum layak secara mutlak jika tempoh sewaan masih berjalan

Sewa beli yang mana mungkin bakal pemilik mengikat perjanjian tiga hingga lima tahun, jika anda ingin membuat pengubahsuaian terhadap hartanah itu masih tidak wajar.

Ia hanya boleh dilaksanakan apabila bakal pemilik sudah membeli hartanah itu.

2. Risiko kontrak kerana dua status pemilik iaitu penyewa dan bakal pemilik terbabit

Risiko tinggi apabila bakal pemilik tidak jelas syarat atau terma kontrak mengenai urus niaga menerusi sewa beli.

Apatah lagi jika ia berkait dengan kegagalan melunaskan pembayaran rumah, ada terma penalti yang dikenakan.

Risiko kemungkinan kehilangan hartanah itu atau bakal pemilik terpalit dengan hutang juga wujud.

3. Berhadapan kerugian jika hartanah dibeli nilainya menurun

Kebanyakan pembeli hartanah mengharapkan keuntungan menerusi pembelian aset terbabit.

Namun tidak mustahil dalam sesuatu keadaan, nilai hartanah boleh menurun.

Jika ia berlaku, pemilik bagi pembelian hartanah menerusi sewa beli, mereka terpaksa akur dengan harga pembelian asal ketika membuat perjanjian membeli rumah itu menerusi skim terbabit.
June 19, 2024
Source: Harian Metro
Share:

Recent Posts

Affordable housing prices maintained despite implementation of targeted diesel subsidy — deputy minister

Affordable housing prices maintained despite implementation of targeted diesel subsidy — deputy minister

Affordable housing prices remain below RM300,000 per unit, despite the implementation of targeted diesel subsidies

June 26, 2024
Pilih pemaju ada kredibiliti

Pilih pemaju ada kredibiliti

Lelaki berusia 42 tahun ini mengakui jenama syarikat perumahan baik semestinya mempunyai profil pemaju yang baik

June 26, 2024

Recent Auctions

2 Storey Terrace House

2 Storey Terrace House

USJ 12, Selangor

RM 630,000

2 Storey Terrace House

2 Storey Terrace House

Taman Nusa Bestari, Johor

RM 610,000

Freehold 2 Storey Terrace House, Corner Lot [Opposite Bandar Dato Onn Shop lots; Neighbouring Taman Mount Austin, Taman Seri Austin & Setia Tropika; 4 min to AEON Mall Bandar Dato' Onn]

Freehold 2 Storey Terrace House, Corner Lot [Opposite Bandar Dato Onn Shop lots; Neighbouring Taman Mount Austin, Taman Seri Austin & Setia Tropika; 4 min to AEON Mall Bandar Dato' Onn]

Bandar Dato Onn, Johor

RM 820,000

Find Auction Property