AuctionPro.my

We are the exclusive marketing partner of LelongTips.com.my.

We display updated listings of auction properties in Malaysia and provide FREE assistance service for enquiries by telephone or online. Our below market value listing would benefit your property investment as well as for your own use.

go visit
 auctionpro.my
 
get in touch
 012-356 3866
 012-356 3866
 info@auctionpro.my

Hartanah kediaman Malaysia tarik minat pembeli asing



KUALA LUMPUR: Minat pembeli asing terhadap hartanah kediaman Malaysia didorong oleh lokasinya yang strategik, projek infrastruktur baharu, iklim pelaburan menggalakkan, hasil tinggi dan kepelbagaian dalam pasaran hartanah, kata Juwai IQI.

Menurut Laporan Trend Pembelian Hartanah Kediaman Rentas Sempadan Asia Pasifik bagi suku pertama 2024, penyusutan nilai ringgit juga telah menarik pelabur hartanah global dengan pembeli dari China merupakan paling aktif dalam kalangan kohort Asia.

"Ringgit kekal lebih kukuh berbanding yuan China. Yuan kehilangan satu peratus berbanding ringgit sejak dua tahun lepas," kata laporan itu.

Bagaimanapun, ringgit merosot berbanding dolar Hong Kong dan Singapura.

Dolar Hong Kong meningkat 10 peratus dan dolar Singapura sebanyak 13 peratus sepanjang dua tahun lalu berbanding ringgit.

"Pada rumah berharga RM2 juta, peningkatan mata wang itu menawarkan pembeli dari negara terbabit bersamaan dengan diskaun bernilai sekurang-kurangnya RM200,000," katanya.

Sementara itu, Malaysia memainkan peranan penting dalam pasaran hartanah merentas sempadan sebagai destinasi menarik untuk pelabur asing dan menjadi sumber pembeli yang aktif di pasaran lain.

Pelabur Malaysia adalah pembeli ketiga paling aktif hartanah luar negara dalam kalangan lokasi Asia, dengan destinasi utama ialah Thailand, Australia dan Vietnam.

"Faktor utama dalam membeli hartanah di luar negara adalah pertumbuhan ekonomi dan kelas pertengahan yang semakin meningkat, ia mempunyai pendapatan boleh guna, membolehkan lebih ramai individu melabur di peringkat antarabangsa," katanya.

Juwai IQI berkata, rakyat Malaysia berusaha untuk mempelbagaikan portfolio pelaburan mereka dengan memperoleh hartanah di luar negara dan banyak melabur di negara yang mempunyai sistem pendidikan berkualiti tinggi dan kemudahan gaya hidup unggul seperti Australia dan Amerika Syarikat (AS).
June 19, 2024
Source: Berita Harian
Share:

Recent Posts

Affordable housing prices maintained despite implementation of targeted diesel subsidy — deputy minister

Affordable housing prices maintained despite implementation of targeted diesel subsidy — deputy minister

Affordable housing prices remain below RM300,000 per unit, despite the implementation of targeted diesel subsidies

June 26, 2024
Pilih pemaju ada kredibiliti

Pilih pemaju ada kredibiliti

Lelaki berusia 42 tahun ini mengakui jenama syarikat perumahan baik semestinya mempunyai profil pemaju yang baik

June 26, 2024

Recent Auctions

2 Storey Terrace House

2 Storey Terrace House

USJ 12, Selangor

RM 630,000

2 Storey Terrace House

2 Storey Terrace House

Taman Nusa Bestari, Johor

RM 610,000

Freehold 2 Storey Terrace House, Corner Lot [Opposite Bandar Dato Onn Shop lots; Neighbouring Taman Mount Austin, Taman Seri Austin & Setia Tropika; 4 min to AEON Mall Bandar Dato' Onn]

Freehold 2 Storey Terrace House, Corner Lot [Opposite Bandar Dato Onn Shop lots; Neighbouring Taman Mount Austin, Taman Seri Austin & Setia Tropika; 4 min to AEON Mall Bandar Dato' Onn]

Bandar Dato Onn, Johor

RM 820,000

Find Auction Property