AuctionPro.my

We are the exclusive marketing partner of LelongTips.com.my.

We display updated listings of auction properties in Malaysia and provide FREE assistance service for enquiries by telephone or online. Our below market value listing would benefit your property investment as well as for your own use.

go visit
 auctionpro.my
 
get in touch
 012-356 3866
 012-356 3866
 info@auctionpro.my

Pilih kediaman, ikut keperluan



MEMBELI hartanah terutama rumah pertama memanglah perkara yang mengujakan.

Apatah lagi jika sesuatu projek hartanah itu ditawarkan dengan pelbagai pilihan pakej tambahan dan diskaun harga hingga sukar membuat pilihan.

Ini kerana keputusan membeli rumah penting bagi setiap individu kerana mempengaruhi sebahagian besar kehidupan khususnya dalam aspek kewangan.

Namun, dalam keterujaan untuk memiliki rumah, jangan silap membuat pilihan sebaliknya beli ikut kemampuan kewangan dan keperluan keluarga terutama dari segi keluasan binaan.

Menurut perunding hartanah, Fahimah Mahayuddin, membeli rumah tiada salahnya besar atau kecil kerana setiap individu adalah berbeza keutamaan mereka.

Namun, selain 'ukur baju di badan sendiri,' pastikan anda tahu serba sedikit mengenai saiz keluasan rumah supaya tidak melakukan kesilapan dalam membuat pilihan.

Kata Fahimah, meskipun jumlah bilik tidur dan bilik air perlu diutamakan namun ada faktor lain yang penting untuk diberi perhatian bagi mengira saiz sebenar sesebuah rumah.

"Contohnya ambil kira saiz tanah (bagi rumah bertanah) dan saiz binaan (bagi rumah bertingkat atau pangsapuri.

"Biasanya, susun atur rumah bertanah akan ada kawasan bertanah iaitu keluasan tanah, yang dikira dari hujung pagar depan sehingga hujung pagar belakang untuk mengetahui panjangnya manakala lebar pun sama diukur dari hujung ke hujung dan apabila didarab, dapatlah keluasannya," katanya kepada Harian Metro.

Jelas Fahimah lagi, bakal pembeli juga dinasihatkan supaya jangan hanya berpandukan lakaran susun atur di dalam risalah yang dipromosikan sahaja kerana ada kes pernah berlaku di mana pembeli terkejut apabila rumah siap tetapi saiznya lebih kecil berbanding apa yang dibayangkan.

Katanya, bukaan lebar rumah bersaiz 18 kaki misalnya hanya boleh memuatkan sebuah kereta sahaja di ruang letak kereta tetapi jika ia diiklankan boleh memuatkan dua kereta, ia mungkin untuk kereta bersaiz kecil sahaja.

"Membeli rumah yang belum siap memang perlu lebih teliti terutama dalam bab keluasan kerana banyak projek yang tidak menyediakan rumah contoh dan hanya memberi risalah sebagai rujukan.

"Ia berbeza dengan pembelian rumah sekunder (sub sale) kerana bakal pembeli boleh meninjau sendiri keadaan dan keluasan rumah sebelum membuat keputusan.

"Selain itu, disarankan juga supaya pergi sendiri ke kawasan rumah yang anda bercadang untuk belinya bagi dapat melihat sendiri persekitaran dan kemudahan yang ada sebelum meneruskan hasrat pembelian," katanya.

Keluasan flat, pangsapuri atau kondominium biasanya terdiri daripada beberapa saiz iaitu:

- 400 hingga 500 kaki persegi = kecil
Kalau saiz seperti ini biasanya unit studio atau SoHo yang tiada bilik atau hanya mempunyai satu bilik.

- 600 hingga 750+ kaki persegi = kecil
Saiz kediaman ini masih dikira kecil dan jika ia jenis pangsapuri, biasanya terhad kepada dua bilik. Agak sempit jika mempunyai tiga bilik tidur.

- 800 hingga 900 kaki persegi = sederhana
Saiz ini dikira saiz standard untuk kebanyakan rumah pangsapuri, ia tidak kecil atau besar sangat.

- 900 hingga 1,000 ++ = besar dan luas
Untuk saiz seperti ini dikira besar bagi sebuah rumah beetingkat sama ada flar, pangsapuri atau kondominium.

- Susun atur rumah juga lebih luas dan sesetengah kondominium ada yang bersaiz sehingga 1,500++ kaki persegi yang mana lebih luas dari saiz binaan rumah teres.

Kediaman jenis teresbertanah ('intermediate')pula saiznya dalamukuran kaki persegi (sq3) seperti:
- 16 x 60
- 18 x 60
- 18 x 70
- 20 x 60
- 20 x 65
- 20 x 70
- 20 x 75
- 20 x 80
- 2 x 70
- 22 x 75
- 24 x 70

Saiz lebar rumah

- Saiz tanah lebar 16 hingga 18 kaki = kecil
Lebar rumah dengan keluasan ini di kira saiz lebar bahagian hadapan rumah. Bagi saiz ini agak kecil dan untuk parking dua kereta, bergantung pada pagar rumah. Jika tiada tembok di kiri kanan, ia boleh menempatkan dua kereta.

- Saiz tanah lebar 20 kaki = sederhana
20 kaki ini dikira saiz standard untuk kebanyakan rumah teres di negara ini. Ia boleh memuatkan dua kenderaan dan dalam kategori lebar rumah yang menjadi pilihan ramai.

- Saiz lebar 22 kaki ke atas = besar
Saiz yang boleh dikatakan selesa untuk kelebaran sesebuah rumah. Untuk saiz 24 kaki ke atas, ia dikategorikan sebagai 'superlink,' bukan lagi teres kerana saiz yang besar dan luas. Bagi saiz 24 kaki ke atas juga, ruang letak kenderaan adalah selesa untuk dua kereta selain bahagian tepi boleh dijadikan sebagai taman mini dan sebagainya.

Saiz panjang rumah
Selain lebar, satu lagi faktor yang kena ambil kira adalah panjang tanah sesebuah rumah.

- 60 kaki ke bawah = pendek
Panjang 60 kaki selepas di tolak ruang untuk ruang letak kereta dan binaan rumah, biasanya bahagian belakang hanya ada sedikit. Ruang letak kereta juga akan lebih pendek

- 65 hingga 70 kaki = sederhana
Saiz standard bagi kebanyakan rumah yang dibina hari ini dan digemari ramai. Ruang letak kereta pun tidak pendek dan biasa bahagian belakang pun masih ada lebihan tanah.

- 75 kaki ke atas = panjang
Untuk panjang seperti ini, biasanya ruang letak kereta akan panjang sedikit atau saiz standard.
Bahagian 'backyard' pun akan ada lebihan tanah lagi, kadang kala sehingga 10 kaki atau lebih.
Manakala saiz 80 hingga 90 kaki dikira panjang.

Keluasan binaan rumah untuk rumah teres 2 tingkat:

- 1,500 kaki persegi ke bawah = kecil
Pemaju hari ini ada yang membina rumah bersaiz kecil dengan keluasan binaan bawah 1,500 kaki persegi. Ada kalanya terdapat lebihan tanah, dapur dan bilik kecil , jadi pembeli boleh membuat tambahan sendiri

- 1,550 hingga 1,750 + kaki persegi = sederhana
Bagi saiz ini ia dikira saiz standard untuk keluasan binaan sebuah rumah. Saiz yang boleh dikatakan tidak terlalu kecil atau terlalu besar dengan binaan saiz dapur ada yang sederhana atau kecil, bergantung pada rekaan rumah.

- 1,800 hingga 2,000 ++ kaki persegi = besar
Saiz yang agak besar untuk keluasan binaan sesebuah rumah. Dengan saiz ini, ia sudah tidak memerlukan tambahan dapur atau bilik kerana sudah cukup selesa. Justeru, apapun saiz kediaman anda, ia adalah pilihan masing-masing mengikut bajet dan citarasa yang ada. Cumanya, pastikan anda membuat pilihan yang betul supaya tidak menyesal di kemudian hari. Semoga bermanfaat!
July 10, 2024
Source: Harian Metro
Share:

Recent Posts

Challenging office market

Challenging office market

The near term prospects of the Malaysian office market is expected to remain challenging, as it continues to grapple

September 4, 2024
Paramount urges govt to help expedite property project approvals

Paramount urges govt to help expedite property project approvals

Property developer Paramount Corporation Bhd (Paramount) would like the government to continue taking a balanced approach

September 4, 2024

Recent Auctions

2 Storey Terrace House

2 Storey Terrace House

Perumahan Atabara Perdana, Pahang

RM 190,000

Residential Land

Residential Land

Astana Villa, Pahang

RM 325,000

1 Storey Detached House

1 Storey Detached House

Taman Berjaya Permai, Pahang

RM 500,000

Find Auction Property