Umum mengetahui hartanah adalah satu bentuk pelaburan yang bijak, menguntungkan dan lebih stabil.
Antara jenis pelaburan hartanah utama ialah kediaman, komersial, runcit, perindustrian dan Unit Amanah Hartanah (RIET).
Mereka mempunyai keberanian, boleh mencuba pelaburan hartanah di luar negara yang boleh memberikan keuntungan lebih tinggi kerana prestasi ekonomi di negara berkenaan.
Lima negara terbaik di dunia untuk pelaburan hartanah:
1-United Kingdom (UK)
Penduduk: 67.74 juta (2023)
Purata hasil sewa: 7.4 peratus (Utara) dan 5.2 peratus (Selatan)
Purata Harga Hartanah: £281,913 (RM1,697,229)
UK menawarkan persekitaran yang baik dan selamat kepada pelabur hartanah. Ia dicirikan oleh ekonomi stabil, pasaran hartanah kukuh dan pertumbuhan yang konsisten. Ini menjadikan UK sebagai destinasi menarik bagi pelabur dari luar negara, terutama mereka yang tinggal di negara yang ekonominya kurang stabil. Beberapa lokasi utama untuk pelaburan hartanah di UK ialah Manchester, Sheffield dan Liverpool.
Pasaran hartanah kediaman UK secara konsisten mengatasi pilihan pelaburan lain dalam tempoh 30 tahun. Menurut data GOV.UK, negara berkenaan mengalami kadar pertumbuhan harga harta tanah kira-kira 5.5 peratus dari Mac 2022 hingga Februari 2023.
2-Amerika Syarikat
Pasaran yang besar dan pelbagai dengan asas ekonomi kukuh.
Keluaran dalam negara kasar (KDNK): AS$ 21.51 trilion
Penduduk: 339.9 juta (2023)
Purata Hasil Sewa: 4.61 peratus
Purata Harga Hartanah: AS$ 339,188 (RM1,594,855)
Amerika Syarikat adalah destinasi pelaburan harta tanah dicari pelabur untuk mendalami pasaran luas dan disokong pelbagai asas ekonomi kukuh. Bandar maju di negara ini menawarkan pelbagai peluang pelaburan hartanah yang memenuhi pilihan dan bajet berbeza.
3-Jerman
Ekonomi terbesar di Eropah dengan bandar yang semakin berkembang.
Penduduk: 83.3 juta (2023)
Purata Hasil Sewa: 3.83 peratus
Harga Hartanah Purata: €5,000 hingga €10,000 (RM25,428 hingga RM50,856)
Jerman adalah negara ekonomi terbesar di Eropah (rekod yang dipegang sejak 1980) dan keempat terbesar di dunia serta mempunyai potensi menarik pelaburan harta tanah. Kepelbagaian industri di negara ini dan pertumbuhan bandar yang pesat menarik perhatian pelabur asing mencari peluang menguntungkan dalam persekitaran pelaburan harta tanah stabil. Kelebihan pelaburan hartanah di Jerman ialah harga rendah, insentif cukai, permintaan sewaan tinggi dan subsidi kerajaan.
4-Jepun
Peluang harta tanah yang banyak di bandar utama
Penduduk: 123.3 juta (2023)
Purata Hasil Sewa: 4.36 peratus
Harga Hartanah Purata: £290,580 (RM1,749,981)
Jepun menawarkan banyak peluang untuk pelaburan hartanah di seluruh bandar utamanya, disokong oleh ekonomi yang stabil dan boleh dipercayai. Ini menjadikan Jepun salah satu negara terbaik untuk pelaburan hartanah pada 2023. Jepun adalah lokasi strategik di Asia Timur yang boleh menarik pelabur dari seluruh rantau ini.
5-Malaysia
Hartanah mampu milik dan potensi pertumbuhan yang signifikan di Asia.
Penduduk: 34.62 juta (2023)
Purata Hasil Sewa: 5.16 peratus
Malaysia adalah destinasi yang menarik untuk pelaburan hartanah kerana harganya kompetitif, pertumbuhan ekonomi stabil dan potensi pembangunan besar, terutama dalam industri pelancongan. Sebagai salah satu negara terkemuka di Asia Tenggara untuk pelaburan asing, Malaysia berbangga dengan inisiatif kerajaan dan Pusat Pelaburan Negeri yang secara aktif mempromosikan pelaburan asing. Faktor utama menyumbang kepada daya tarikan pasaran hartanah Malaysia termasuk inisiatif kerajaan dan pilihan pembiayaan serta insentif cukai.