AuctionPro.my

We are the exclusive marketing partner of LelongTips.com.my.

We display updated listings of auction properties in Malaysia and provide FREE assistance service for enquiries by telephone or online. Our below market value listing would benefit your property investment as well as for your own use.

go visit
 auctionpro.my
 
get in touch
 012-356 3866
 012-356 3866
 info@auctionpro.my

Labur tapi 'lebur'



Ramai membuat pengubahsuaian rumah bagi menampilkan reka bentuk kediaman lebih cantik dan praktikal.

Namun, ada juga yang melakukan pengubahsuaian sebagai satu pelaburan jangka panjang.

Ini kerana pengubahsuaian rumah boleh meningkatkan nilai harta tanah berkenaan.

Namun, ramai juga tidak mengetahui bahawa kerja-kerja pengubahsuaian boleh menjejaskan nilai hartanah terbabit.

1. Pecah dinding

Jumlah bilik mempengaruhi harga rumah. Rumah yang mempunyai banyak bilik dikatakan boleh membantu nilai hartanah menjadi tinggi.

Namun ada sebahagian pemilik suka memecahkan bilik tidur untuk membesarkan ruang lain demi keselesaan penghuni.

Sedangkan tindakan itu berisiko kerana boleh menjejaskan nilai hartanah.

Ini akan merugikan pemilik apabila mahu menjual hartanah itu dan tidak boleh mendapatkan harga semasa.

2. Kos pengubahsuaian terlalu tinggi

Kenaikan kos bahan binaan, mempengaruhi kos pengubahsuaian rumah.

Ditambah pula, setiap kontraktor menawarkan harga berbeza menyebabkan sukar untuk menjangkakan kos yang sebenar.

Malah anda juga tidak bernasib baik jika berurusan dengan kontraktor kurang jujur kerana mereka meletakkan harga tinggi.

Apatah lagi ia menjadi masalah apabila penilai hartanah ingin mendapatkan kos sebenar pengubahsuaian itu.

3. Pengubahsuaian tanpa kelulusan pihak berkuasa

Ramai pemilik rumah melakukan kesalahan ini kerana sikap mengambil mudah mengenainya. Sedangkan sudah dimaklumkan ketika membeli rumah terbabit.

Kebanyakan kes seperti itu terjadi pada rumah teres sama ada di bandar atau luar bandar.

Ia membabitkan pengubahsuaian major termasuk menambah tingkat rumah.

Jika ini terjadi (tanpa kelulusan pihak berkuasa), kemungkinan besar penilai hartanah tidak akan mengambil kira kos berkenaan.

4. Binaan dalaman berlebihan

Kebiasaannya membabitkan pemasangan almari atau kabinet secara kekal pada dinding.

Almari dan kabinet sangat penting di rumah sebagai tempat menyimpan barangan dan ia menjadikan persekitaran rumah kemas serta teratur.

Tetapi jika terlalu banyak memasang kabinet atau almari di ruang rumah, ia boleh menjejaskan nilai rumah itu sendiri.

5. Pengubahsuaian dilakukan sendiri (DIY) tidak menjadi

Ada yang memilih melakukan pengubahsuaian secara DIY kerana ingin menjimatkan kos perbelanjaan.

Kerja-kerja ini dilakukan berpandukan Youtube. Bagi yang ada kemahiran, kerja dilakukan itu akan berjaya.

Tetapi jika ia sebaliknya boleh menyebabkan nilai jualan rumah merundum.
October 2, 2024
Source: Harian Metro
Share:

Recent Posts

20 Taman Desa Seputeh homeowners rejoice over freehold titles

20 Taman Desa Seputeh homeowners rejoice over freehold titles

Twenty residents from Taman Desa Seputeh, Kuala Lumpur, are rejoicing after successfully converting the leasehold titles

December 18, 2024
Syarat tambahan beli rumah

Syarat tambahan beli rumah

Sebelum membeli kediaman di sesuatu kawasan, bakal pembeli dinasihatkan supaya terlebih dahulu menyemak rekod bencana

December 18, 2024

Recent Auctions

2 Storey Semi Detached House

2 Storey Semi Detached House

Alor Setar, Kedah

RM 500,000

Shop House

Shop House

Taman Orkid, Kedah

RM 230,000

1 Storey Terrace House

1 Storey Terrace House

Taman Harapan, Pahang

RM 300,000

Find Auction Property