AuctionPro.my

We are the exclusive marketing partner of LelongTips.com.my.

We display updated listings of auction properties in Malaysia and provide FREE assistance service for enquiries by telephone or online. Our below market value listing would benefit your property investment as well as for your own use.

go visit
 auctionpro.my
 
get in touch
 012-356 3866
 012-356 3866
 info@auctionpro.my

Rumah mampu milik Selangor dikecualikan caj pemajuan bermula 2025



SHAH ALAM: Kerajaan Selangor mengumumkan pengecualian caj pemajuan untuk projek perumahan mampu milik, Idaman dan Harapan bermula Januari tahun depan.

Exco Perumahan dan Kebudayaan Selangor, Datuk Borhan Aman Shah, berkata cadangan pengecualian itu telah dibawa ke mesyuarat Exco negeri kelmarin dah telahpun diluluskan.

Katanya, perincian lebih lanjut mengencai pengecualian caj itu akan diumumkan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari semasa pembentangan belanjawan negeri itu bulan depan.

"Dengan pengecualian ini, kita berharap ia dapat menggalakkan pemaju untuk membina lebih banyak rumah mampu milik di Selangor selaras dengan sasaran kita untuk membina 200,000 rumah pada 2027.

"Pengecualian ini akan berkuat kuasa bermula Januari 2025 dan tiada tempoh ditetapkan berapa lama ia akan dilaksanakan. Ia juga terpakai hanya untuk projek perumahan mampu milik, Idaman dan Harapan. Projek lain masih dikenakan caj pemajuan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Konvensyen Perumahan REHDA Selangor 2024 di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Selangor, Datuk Ng Suee Lim; Presiden Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (REHDA), Datuk Ho Hon Sang dan Pengerusi REHDA Selangor, Datuk Zaini Yusoff.

Dalam pada itu, Borhan turut berharap negeri Selangor akan menerima peruntukan lebih tinggi dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Oktober ini.

"Seperti kita tahu, Selangor adalah penyumbang paling tinggi kepada ekonomi negara, maka kalau diibaratkan seperti 'kek', Selangor perlu diberikan lebih.

"Antara perkara yang membabitkan kos paling tinggi ialah penyelesaian banjir menerusi pembinaan tebatan di Selangor, selain pembangunan infrastruktur untuk masyarakat terpinggir di negeri ini," katanya.

Sementara itu, Zaini berkata langkah kerajaan Selangor memberi pengecualian caj pemajuan sememangnya dapat membantu pemaju menikmati sedikit penjimatan.

"Buat masa ini, saya tidak dapat berikan jumlah penjimatan yang akan dinikmati pemaju kerana ia bergantung kepada kiraan oleh pihak berkuasa tempatan kerana membabitkan jumlah unit projek dan sebagainya.

"Namun, kita menyambut baik langkah pengecualian ini kerana sememangnya membantu pemaju yang membina projek perumahan mampu milik di Selangor," katanya.
October 16, 2024
Source: Berita Harian
Share:

Recent Posts

'Bantu pembeli, kembalikan semula Kempen Pemilikan Rumah'

'Bantu pembeli, kembalikan semula Kempen Pemilikan Rumah'

LBS Bina Group Bhd (LBS), pemaju hartanah terkemuka pilihan rakyat mencadangkan Belanjawan 2025 memberi tumpuan...

October 16, 2024
Belanjawan 2025: Isu mampu milik hartanah bakal jadi tumpuan - CIMB Securities

Belanjawan 2025: Isu mampu milik hartanah bakal jadi tumpuan - CIMB Securities

Isu berkaitan mampu milik kekal menjadi tema utama dalam sektor hartanah menjelang Belanjawan 2025

October 16, 2024

Recent Auctions

2 Storey Terrace House

2 Storey Terrace House

Perumahan Atabara Perdana, Pahang

RM 190,000

Residential Land

Residential Land

Astana Villa, Pahang

RM 325,000

[Partially furnished; Suitable for investment] Marc Service Residence @ KLCC Facing KLCC & Swimming Pool Views [Unit comes with private lift & direct access to public lifts]

[Partially furnished; Suitable for investment] Marc Service Residence @ KLCC Facing KLCC & Swimming Pool Views [Unit comes with private lift & direct access to public lifts]

Marc Service Residence, Kuala Lumpur

RM 3,050,000

Find Auction Property