AuctionPro.my

We are the exclusive marketing partner of LelongTips.com.my.

We display updated listings of auction properties in Malaysia and provide FREE assistance service for enquiries by telephone or online. Our below market value listing would benefit your property investment as well as for your own use.

go visit
 auctionpro.my
 
get in touch
 012-356 3866
 012-356 3866
 info@auctionpro.my

'Bantu pembeli, kembalikan semula Kempen Pemilikan Rumah'



KUALA LUMPUR: LBS Bina Group Bhd (LBS), pemaju hartanah terkemuka pilihan rakyat mencadangkan Belanjawan 2025 memberi tumpuan kepada pemilikan rumah, pembinaan inovatif serta pembiayaan hijau bagi memacu masa depan hartanah Malaysia.

Cadangan itu mencerminkan dedikasi kumpulan untuk menyediakan rumah mampu milik berkualiti tinggi, selari dengan matlamat ekonomi dan alam sekitar.

LBS menyarankan agar kerajaan mengembalikan semula Kempen Pemilikan Rumah (HOC) yang berjaya dilaksanakan dari 2019 hingga 2021.

Ia berkata, inisiatif yang menawarkan pengecualian duti setem dan kelonggaran kriteria kelayakan pinjaman itu telah membantu lebih 100,000 keluarga mencapai impian memiliki rumah.

"Pengembalian HOC dijangka merangsang jualan dalam pasaran hartanah kediaman, mempercepatkan perolehan hartanah, dan meningkatkan sentimen positif dalam sektor hartanah," katanya dalam satu kenyataan.

LBS berkata, bagi mempromosikan penggunaan Sistem Binaan Berindustri (IBS), ia mencadangkan agar kerajaan memberi insentif kewangan untuk penerapan IBS.

Ia berkata, walaupun pengecualian cukai pelaburan telah dilanjutkan sehingga 2025, pihaknya berharap adanya subsidi atau geran yang dapat mengurangkan kos awal pengeluaran IBS.

Katanya, penggalakan penggunaan IBS secara meluas dijangka meningkatkan kualiti pembinaan, mengurangkan kebergantungan tenaga kerja, serta meningkatkan produktiviti dalam sektor pembinaan.

LBS juga menyokong inisiatif kerajaan yang menggalakkan penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam pembangunan hartanah.

Ia berkata, penggunaan AI dalam industri itu mampu meningkatkan kecekapan, keselamatan, dan produktiviti secara signifikan, serta mengurangkan kos operasi.

"Justeru, LBS mencadangkan agar kerajaan memperkenalkan program latihan AI serta insentif kewangan bagi menggalakkan inovasi berasaskan AI di sektor hartanah secara menyeluruh," katanya.

Bagi memperkukuh inisiatif pembiayaan hijau, LBS menyarankan peningkatan dana di bawah Skim Pembiayaan Teknologi Hijau.

Ia turut mencadangkan agar belanjawan semasa sebanyak RM1 bilion diperluaskan dan meningkatkan had pembiayaan maksimum untuk projek pembangunan hijau.

Katanya, langkah itu membolehkan pemaju melaksanakan projek hijau berskala lebih besar, sekali gus menyumbang kepada matlamat alam sekitar Malaysia dan membantu sektor hartanah sejajar dengan piawaian kelestarian global.

Selain itu, LBS berharap kerajaan mengambil langkah untuk meringankan beban peningkatan kos agar harga hartanah kekal mampu milik bagi rakyat Malaysia, sekali gus membina sentimen positif dan perkembangan lestari untuk pasaran hartanah.

Katanya, laporan oleh Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (REHDA) menekankan bahawa kos pematuhan kini merangkumi 21 peratus hingga 33 peratus daripada nilai pembangunan kasar bagi projek perbandaran dan sehingga 45 peratus untuk pembangunan strata.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan LBS, Tan Sri Dr Lim Hock San, berkata Belanjawan 2025 berpotensi untuk membentuk masa depan sektor hartanah Malaysia secara signifikan.

Beliau berkata, dengan pelaksanaan inisiatif yang memudahkan pemilikan rumah mampu milik, memacu kemajuan teknologi seperti AI dan memperluas inisiatif pembiayaan hijau, LBS akan mampu meneraju peluang yang semakin berkembang.

"Dengan ini, rakyat Malaysia lebih mudah memiliki rumah, seterusnya memupuk pasaran hartanah yang lebih mampan dan berdaya tahan," katanya.

LBS kekal komited untuk membina rumah yang memenuhi keperluan rakyat Malaysia sambil mempromosikan amalan pembangunan lestari dan inovatif.

Syarikat itu percaya bahawa dengan menangani cabaran dalam sektor hartanah dan melaksanakan perubahan dasar yang lengkap, kerajaan dapat mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk pemaju dan pembeli rumah, sekali gus memacu pertumbuhan jangka panjang dalam industri berkenaan.
October 16, 2024
Source: Berita Harian
Share:

Recent Posts

20 Taman Desa Seputeh homeowners rejoice over freehold titles

20 Taman Desa Seputeh homeowners rejoice over freehold titles

Twenty residents from Taman Desa Seputeh, Kuala Lumpur, are rejoicing after successfully converting the leasehold titles

December 18, 2024
Syarat tambahan beli rumah

Syarat tambahan beli rumah

Sebelum membeli kediaman di sesuatu kawasan, bakal pembeli dinasihatkan supaya terlebih dahulu menyemak rekod bencana

December 18, 2024

Recent Auctions

1 Storey Detached House

1 Storey Detached House

Taman Berjaya Permai, Pahang

RM 500,000

3 Storey Detached House

3 Storey Detached House

Damansara Heights (Bukit Damansara), Kuala Lumpur

RM 7,350,000

1 Storey Terrace House

1 Storey Terrace House

Taman Harapan, Pahang

RM 300,000

Find Auction Property