AuctionPro.my

We are the exclusive marketing partner of LelongTips.com.my.

We display updated listings of auction properties in Malaysia and provide FREE assistance service for enquiries by telephone or online. Our below market value listing would benefit your property investment as well as for your own use.

go visit
 auctionpro.my
 
get in touch
 012-356 3866
 012-356 3866
 info@auctionpro.my

Syarat tambahan beli rumah


Sebelum membeli kediaman di sesuatu kawasan, bakal pembeli dinasihatkan supaya terlebih dahulu menyemak rekod bencana bagi mengelakkan daripada terbeli rumah di lokasi berisiko mengalami bencana alam.

Menurut Pensyarah Kanan Perancang Bandar dan Wilayah, Jabatan Sains Kemasyarakatan dan Pembangunan, Fakulti Ekologi Manusia (FEM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Mohammad Mujaheed Hassan, pembeli perlu menyemak rekod sejarah bencana di kawasan itu termasuklah bencana seperti banjir, tanah runtuh atau fenomena alam lain yang boleh memberi impak besar kepada keselamatan dan nilai hartanah.

Kata beliau, salah satu cara untuk mendapatkan semua maklumat itu adalah dengan merujuk kepada pihak berkuasa tempatan seperti majlis perbandaran atau jabatan yang bertanggungjawab dalam pengurusan bencana.

"Pihak berkuasa berkenaan menyimpan data mengenai kejadian bencana yang pernah berlaku termasuk kekerapan dan tahap keseriusan bencana terbabit.

"Selain itu, pembeli juga boleh memanfaatkan teknologi untuk mendapatkan maklumat lebih terkini.

"Laman web seperti MyPublicInfoBanjir misalnya ada menyediakan peta interaktif yang menunjukkan kawasan-kawasan yang sering dilanda banjir serta tahap keparahan bencana itu.

"Menerusinya, bakal pembeli boleh menilai seberapa besar risiko dihadapi kawasan perumahan yang ingin dibeli, supaya dapat membuat keputusan yang lebih bijak," katanya kepada Harian Metro.

Mengulas lanjut, Mohammad Mujaheed berkata, sekiranya rekod bencana menunjukkan bahawa kawasan terbabit sering dilanda banjir atau tanah runtuh, ia dapat memberi amaran kepada bakal pembeli supaya mempertimbangkan semula pembelian atau mengambil langkah-langkah tambahan seperti mendapatkan perlindungan insurans yang mencukupi.

Kata beliau, bakal pembeli juga boleh merujuk kepada peta risiko banjir atau tanah runtuh yang diterbitkan agensi kerajaan seperti Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) atau Jabatan Mineral dan Geosains (JMG).

Peta risiko itu mengandungi maklumat terperinci mengenai zon-zon berisiko tinggi, sederhana atau rendah terhadap bencana alam terutamanya banjir dan tanah runtuh.

Katanya, peta itu biasanya mengandungi pelbagai petunjuk, seperti warna zon risiko dan garisan yang menunjukkan tahap ancaman berdasarkan ketinggian tanah, kedudukan geologi serta faktor-faktor lain yang mempengaruhi kestabilan kawasan.

"Dengan merujuk kepada peta risiko berkenaan, bakal pembeli boleh menilai sama ada kawasan perumahan itu selamat atau berada dalam zon berisiko tinggi.

"Sebagai contoh, kawasan yang berada berhampiran dengan sungai atau cerun curam mungkin lebih terdedah kepada banjir atau tanah runtuh.

"Ini dapat memberi bakal pembeli gambaran yang lebih jelas mengenai potensi ancaman bencana yang boleh berlaku pada masa hadapan," katanya.

Mohammad Mujaheed berkata, bakal pembeli juga disarankan untuk melawat kawasan perumahan ketika musim hujan untuk melihat keadaan sebenar sistem perparitan dan aliran air di kawasan berkenaan.

Katanya, sistem perparitan yang baik penting untuk memastikan air hujan dapat dialirkan dengan cepat sekali gus mengurangkan risiko banjir kilat.

"Sebaliknya, jika terdapat tanda-tanda air bertakung atau limpahan air yang melimpah ke jalan atau kawasan rumah, ia menunjukkan bahawa sistem saliran di kawasan terbabit tidak mencukupi atau bermasalah.

"Perhatikan juga tanda-tanda lain yang mungkin menunjukkan risiko bencana seperti tanah longgar atau tanda-tanda hakisan di sekitar cerun.

"Tinjauan lokasi ini memberi peluang kepada bakal pembeli untuk menilai secara langsung keadaan fizikal kawasan itu," katanya.

Dalam pada itu, selepas memastikan bahawa kawasan berkenaan tidak berada dalam kawasan berisiko tinggi, langkah seterusnya adalah memastikan bahawa rumah yang ingin dibeli mempunyai perlindungan insurans mencukupi terutamanya terhadap bencana alam seperti banjir dan tanah runtuh.

Mohammad Mujaheed berkata, perlindungan insurans penting untuk mengurangkan kerugian kewangan sekiranya berlaku kejadian bencana yang merosakkan rumah.

Kata beliau, terdapat beberapa jenis insurans yang perlu dipertimbangkan termasuk insurans kebakaran, insurans rumah dan perlindungan terhadap bencana alam.

"Bakal pembeli perlu menyemak dengan teliti jenis perlindungan yang ditawarkan polisi insurans dan memastikan bahawa ia meliputi risiko-risiko yang relevan dengan kawasan ingin dibeli.

"Ini termasuk memahami apakah syarat-syarat yang dikenakan dan apakah jenis kerosakan yang dilindungi.

"Insurans yang mencukupi memberikan ketenangan fikiran kepada bakal pembeli, memastikan bahawa mereka akan mendapat pampasan sewajarnya sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini," katanya.

Sementara itu, bakal pembeli juga disarankan supaya mendapatkan pendapat daripada profesional seperti jurutera, arkitek atau pakar alam sekitar sebelum membuat keputusan membeli kediaman di sesuatu kawasan.

Ini kerana golongan berkenaan dapat memberikan analisis yang lebih mendalam mengenai potensi risiko kawasan itu berdasarkan keadaan geologi, struktur tanah dan faktor persekitaran lain.

Selain itu, mereka juga dapat memberi cadangan mengenai langkah-langkah mitigasi yang boleh diambil seperti pembinaan sistem saliran tambahan atau pengukuhan struktur tanah untuk mengurangkan risiko tanah runtuh.

"Perundingan dengan pakar bukan sahaja membantu bakal pembeli memahami risiko yang mungkin dihadapi, tetapi juga memberikan mereka kelebihan dalam merancang langkah-langkah pencegahan yang boleh meningkatkan keselamatan dan keselesaan.

"Ini adalah pelaburan penting untuk memastikan bahawa rumah yang dibeli adalah selamat dan bebas daripada masalah yang boleh menjejaskan kesejahteraan keluarga dalam jangka panjang.

"Diharapkan, dengan mengikuti panduan-panduan itu, bakal pembeli rumah dapat membuat keputusan yang lebih bijak dan melindungi pelaburan mereka daripada sebarang risiko bencana alam," katanya.
December 18, 2024
Source: Harian Metro
Share:

Recent Posts

20 Taman Desa Seputeh homeowners rejoice over freehold titles

20 Taman Desa Seputeh homeowners rejoice over freehold titles

Twenty residents from Taman Desa Seputeh, Kuala Lumpur, are rejoicing after successfully converting the leasehold titles

December 18, 2024
Kempen pemilikan rumah akan diperkenal semula tahun depan

Kempen pemilikan rumah akan diperkenal semula tahun depan

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) merancang untuk memperkenalkan Kempen Pemilikan Rumah

December 18, 2024

Recent Auctions

2 Storey Semi Detached House

2 Storey Semi Detached House

Alor Setar, Kedah

RM 500,000

3 Storey Detached House

3 Storey Detached House

Damansara Heights (Bukit Damansara), Kuala Lumpur

RM 7,350,000

1 Storey Terrace House

1 Storey Terrace House

Taman Harapan, Pahang

RM 300,000

Find Auction Property