AuctionPro.my

We are the exclusive marketing partner of LelongTips.com.my.

We display updated listings of auction properties in Malaysia and provide FREE assistance service for enquiries by telephone or online. Our below market value listing would benefit your property investment as well as for your own use.

go visit
 auctionpro.my
 
get in touch
 012-356 3866
 012-356 3866
 info@auctionpro.my

Beli murah, belanja mahal


Membeli rumah lelong tidak semudah yang kita dengar! 

Anda perlu memberikan komitmen sepenuhnya dengan mendapatkan pelbagai maklumat dan meneliti sebaiknya rumah lelong yang bakal anda miliki. Rumah untuk dilelong adalah rumah yang dijual pihak bank ataupun individu secara lelongan iaitu proses kompetitif terbuka dalam pasaran yang digunakan untuk memindahkan hak harta benda. Proses ini dikendalikan pihak lelongan berlesen.

Kebiasaannya, rumah dilelong kerana pemilik rumah gagal membayar ansuran rumah dan baki tunggakan. Di atas situasi itu, pihak bank mengambil semula rumah berkenaan dari pembeli kemudian dijual semula secara lelong. 

Terdapat juga kes di mana pembeli (bakal pemilik rumah itu) tidak dapat meneruskan pembeliannya kerana tidak mendapat kelulusan untuk pembiayaan bank. Dalam situasi lain, rumah yang bakal dilelong itu tidak terjual dalam pasaran sekunder ('subsale'). Maka berlakulah proses lelongan. Bagaimanapun, harga rumah lelong biasanya jauh lebih murah daripada harga pasaran.

Namun ada beberapa salah faham berkenaan rumah lelong. Pertama, semua rumah lelong adalah lebih murah daripada rumah baharu. Apabila memikirkan sama ada mahu beli rumah lelong atau rumah baru, topik harga sering menjadi pertimbangan utama. Secara amnya, rumah lelong memang lebih murah. Tetapi terdapat kemungkinan di mana anda menang lelong tetapi dengan harga yang melebihi pasaran. Ini berlaku jika anda tidak membuat kajian berkenaan harga pasaran rumah.

Kedua, semua rumah lelong dalam keadaan yang baik. Perlu diingat bahawa terdapat banyak situasi di mana rumah leong ditinggalkan pemilik berada dalam keadaan buruk dan kotor. Ada juga situasi di mana rumah lelong itu sudah menjadi tempat longgokan sampah dan kegiatan tidak bermoral. 

Perkara pertama yang perlu dilakukan apabila anda berhasrat membeli rumah lelong adalah menyemak dengan teliti terlebih dahulu keadaan dan lokasinya. Pastikan ia menepati cita rasa anda dan tidak memerlukan kos selenggara tambahan agak tinggi.

Ketiga, ada yang beranggapan sebaik membeli rumah lelong anda boleh terus mendiaminya. Sering terjadi, penghuni lama enggan berpindah keluar dari rumah terbabit. Harus anda fahami bahawa dalam kes lelongan, pihak bank tidak akan menyerahkan pemilikan kosong kepada pembida. Malah ia jelas dinyatakan di dalam pengisytiharan jualan. 

Apa yang perlu dilakukan jika penghuni masih enggan mengosongkan rumah? Anda boleh memohon dan mendapatkan perintah mahkamah bagi mengeluarkan penghuni, atas kapasiti pembida sebagai pemilik baharu yang sah di sisi undang-undang. Namun, terdapat kos guaman yang perlu ditanggung.

Salah faham keempat adalah tunggakan bil ditanggung pihak bank. Biasanya rumah lelong mempunyai tunggakan bil seperti air, elektrik, cukai tanah tanah dan lain-lain yang tinggi. Tunggakan seperti ini kebiasaannya tidak ditanggung oleh pihak bank.

Sekiranya anda berjaya membeli rumah lelong pada hari pembidaan, pihak bank akan meminta 10 peratus duit deposit daripada harga hartanah yang berjaya dibida. Seterusnya anda perlu mendapatkan pembiayaan bank dalam tempoh 90 hari atau 120 hari.

Justeru, anda perlu memahami pelbagai maklumat berkenaan rumah lelong dari segi undang-undang, cara pemeriksaan yang betul, jenis hak milik rumah yang dilelong dan bagaimana untuk mendapatkan maklumat bank yang memiliki hartanah berkenaan.

Pada masa sama, penting juga untuk anda mengetahui siapa yang memegang hak milik hartanah dan meminta pengisytiharan jualan, yang mana akan memberikan anda pelbagai maklumat termasuk sejarah hartanah itu.

Pengetahuan mendalam mengenai proses dan latar belakang lelongan hartanah akan mengurangkan risiko untuk anda sebagai pembeli. Selain mengelakkan anda daripada berhadapan masalah besar di kemudian hari. Ingat membeli rumah lelong bukan satu kesalahan!
February 5, 2025
Source: Harian Metro
Share:

Recent Posts

Residential market may see single-digit rise in transaction volume and value

Residential market may see single-digit rise in transaction volume and value

Henry Butcher Malaysia expects the residential property market in Kuala Lumpur and Selangor

March 5, 2025
Juwai IQI: Data centres, logistics, housing demand to fuel real estate growth

Juwai IQI: Data centres, logistics, housing demand to fuel real estate growth

Juwai IQI expects the Malaysian property market to maintain its strong performance in 2025, backed by growth

March 5, 2025

Recent Auctions

1 Storey Terrace House

1 Storey Terrace House

Perumahan Kampung Padang, Pahang

RM 160,000

1 Storey Terrace House

1 Storey Terrace House

Taman Seri Kota, Kedah

RM 230,000

1 Storey Terrace House

1 Storey Terrace House

Taman Tennamaram, Selangor

RM 100,000

Find Auction Property