AuctionPro.my

We are the exclusive marketing partner of LelongTips.com.my.

We display updated listings of auction properties in Malaysia and provide FREE assistance service for enquiries by telephone or online. Our below market value listing would benefit your property investment as well as for your own use.

go visit
 auctionpro.my
 
get in touch
 012-356 3866
 012-356 3866
 info@auctionpro.my

Wajib ada 10% tunai


"Sekurang-kurangnya perlu ada 10 peratus wang tunai daripada harga pembelian rumah, untuk selesa bagi membayar pelbagai kos tambahan lain sebelum masuk rumah yang baharu dibeli," jelas pembeli rumah pertama berusia 39 tahun itu kepada penulis.

Norhizatul Aini Arshad yang membeli rumah pertama pada 2016 dan mendapat kunci pada 2023 merasakan pengalaman membeli rumah pertama memerlukan ketelitian.

Katanya, membeli rumah buat kali pertama perlu menelaah pelbagai ilmu bermula dari proses meninjau produk hartanah sehingga menguruskan aliran kewangan.

"Selama 12 tahun saya dan suami menyewa rumah selepas berkahwin. Pada tempoh itu, sememangnya sudah mempunyai perancangan memiliki rumah sendiri.

"Namun, kami tidak tergesa-gesa kerana mahukan aliran kewangan dalam keadaan cukup stabil dan tidak mahu mengalami masalah aliran tunai apabila membelinya. Perkara ini kerana membeli rumah membabitkan kos yang tinggi dan komitmen dengan pembiaya untuk jangka panjang," katanya.

Katanya, sebelum dia dan suami memutuskan untuk membeli apartmen di Bukit Jalil, Kuala Lumpur itu, mereka sudah membuat tinjauan di dua lokasi lain iaitu di Pantai Dalam, Bangsar dan Kajang di Selangor.

"Lokasi bagi kami amat memainkan peranan penting kerana ingin merasa ekonomi dari segi perjalanan berulang-alik dari tempat kerja dan rumah. Selain itu, lokasi mempunyai kawasan komersial yang membangun juga amat penting untuk pelaburan masa depan.

"Malah lokasi rumah kami dengan tempat kerja saya dan suami hanya mengambil masa sekitar 30 minit memandu selain ia terletak di kawasan yang sudah mempunyai kawasan komersial yang matang," katanya.

Norhizatul berkata, selain itu, rumah dibelinya pada RM245,000 yang mempunyai tiga bilik tidur dan dua bilik air itu mempunyai keluasan keseluruhan sekitar 1,000 kaki persegi dilihat berbaloi.

"Sebenarnya harga rumah ini lebih RM400,000, tetapi memandangkan saya adalah kakitangan kerajaan dan menggunakan pembiayaan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA), harga yang ditawarkan mendapat diskaun hampir 50 peratus.

"Jadi, dari segi saiz rumah mencecah 1,000 kaki persegi di kawasan Bukit Jalil dengan harga berkenaan, dirasakan amat berbaloi kerana umum mengetahui untuk keluasan berkenaan di sekitar Lembah Klang, sudah melebihi RM400,000 seunit," katanya.

Katanya, dia dan suami juga amat mementingkan jenama pemaju kerana tidak mahu berdepan masalah kualiti rumah apabila sudah mendiaminya.

"Pemaju adalah antara perkara yang amat kami titik beratkan. Sebelum membuat keputusan membeli rumah ini, kami sudah membaca mengenai sejarah projek yang pernah dibangunkan sebelum ini dan penilaian daripada pembeli.

"Hal ini penting supaya pada kemudian hari, kami tidak mahu berdepan kualiti rumah yang bermasalah dan memerlukan tambahan kos untuk membaik pulihnya," katanya.

Katanya, projek berkenaan mengambil masa lama untuk disiapkan kerana dalam tempoh didirikan, berlaku Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menyebabkan banyak projek perumahan berdepan kelewatan untuk menyiapkan projek perumahan masing-masing.

"Walaupun berlaku kelewatan dalam proses menyiapkan rumah itu, kami bersabar kerana memahami situasi yang berlaku. Dalam tempoh itu juga, saya dan suami mula menabung untuk menyediakan wang tunai mencukupi selepas mendapat kunci.

"Wang tunai adalah amat penting iaitu sekurang-kurangnya 10 peratus daripada harga rumah kerana apabila mendapat kunci pelbagai bayaran perlu dilakukan seperti deposit elektrik, membeli barangan keperluan rumah dan renovasi. Kami tidak mahu menambah pembiayaan untuk kos berkenaan kerana ia boleh menyebabkan bebanan aliran tunai pada masa depan," katanya.

Norhizatul berkata, memandangkan lokasi rumahnya yang strategik, dia dan suami merancang menjadikannya sebagai satu aset pelaburan pada masa depan.

"Rumah ini mempunyai lokasi yang cukup baik kerana dekat dengan pusat beli-belah, akses jalan raya dan pelbagai kemudahan awam lain. Pada masa depan, harganya berpotensi boleh meningkat.

"Pada masa depan, kami mungkin ingin membeli rumah teres yang lebih selesa dan menyewakan rumah ini," katanya.
March 12, 2025
Source: Harian Metro
Share:

Recent Posts

Demand for industrial land forecast to surge this year

Demand for industrial land forecast to surge this year

The industrial-property sector is gearing up for a significant boom this year, propelled by surging demand from high-tech industries

March 12, 2025
Perumahan unik

Perumahan unik

'Townhouse' atau rumah bandar merujuk kepada perumahan unik dengan rekaan bergaya teres dua unit disusun bertingkat

March 12, 2025

Recent Auctions

1 Storey Terrace House

1 Storey Terrace House

Bandar Baru Chendor, Pahang

RM 230,000

1 Storey Terrace House

1 Storey Terrace House

Perumahan Kampung Padang, Pahang

RM 160,000

1.5 Storey Detached Factory

1.5 Storey Detached Factory

Bandaraya Melaka, Melaka

RM 1,000,000

Find Auction Property