AuctionPro.my

We are the exclusive marketing partner of LelongTips.com.my.

We display updated listings of auction properties in Malaysia and provide FREE assistance service for enquiries by telephone or online. Our below market value listing would benefit your property investment as well as for your own use.

go visit
 auctionpro.my
 
get in touch
 012-356 3866
 012-356 3866
 info@auctionpro.my

Malaysia sasar jualan hartanah RM180 bilion pada 2025


KUALA LUMPUR: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyasar untuk menjana jualan hartanah RM180 bilion merentas semua sektor tahun ini, kata Menterinya, Nga Kor Ming.

Beliau berkata kementerian juga bekerjasama rapat dengan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (Rehda) Malaysia untuk menganjurkan Persidangan Hartanah ASEAN (AREC) 2025 yang julung kali pada 23 hingga 26 Julai ini.

"Acara itu akan diadakan bersama Pameran Seni Bina, Reka Bentuk Dalaman dan Bangunan (ARCHIDEX) dan akan melibatkan kalangan negara ASEAN.

"Pada masa sama, kita juga akan menjemput China untuk mengambil bahagian," katanya pada sidang media sempena lawatan sambil belajar Pemimpin Hartanah Asia (AREL) selama tiga hari di Melbourne, Australia, baru-baru ini.

Beliau berkata pihaknya menjangkakan lebih 50,000 pengunjung dengan jualan kira-kira RM1.2 bilion dapat dijana daripada AREC dan ARCHIDEX 2025.

AREC akan menghimpunkan lebih 180 pemegang kepentingan utama dari sektor perumahan dan hartanah Australia dan Malaysia.

Institut Rehda dan Monash University menganjurkan acara itu.

Dalam pada itu, lawatan sambil belajar tersebut memberi peluang kepada pemaju Malaysia untuk membina jalinan dengan pakar terkemuka Australia dalam pembangunan untuk penggunaan bercampur, perkampungan persaraan, pembangunan mampan, perumahan sosial dan perbandaran bandar.

Kor Ming berkata Malaysia telah merekodkan jumlah dan nilai tertinggi transaksi hartanah tertinggi pada 2024 untuk tempoh sepanjang dekad lepas.

Nilai transaksi hartanah meningkat 18 peratus kepada RM223.2 bilion berbanding RM196.8 bilion pada tahun lepas.

Sementara itu, ketika menyampaikan ucaptama, Kor Mingb berkata penduduk Malaysia semakin menua dengan mereka yang berumur 60 tahun dan ke atas diunjurkan meningkat kepada 14.5 peratus pada 2040 daripada 8.3 peratus pada 2020.

"Satu daripada setiap 10 orang memerlukan penyelesaian perumahan yang direka khusus untuk memenuhi keperluan warga emas. Bagaimanapun, realitinya adalah hanya 2.1 peratus daripada jumlah penawaran perumahan di Malaysia direka untuk warga emas," katanya.

Beliau berkata keadaan itu menunjukkan keperluan mendesak bagi Malaysia untuk membangunkan penyelesaian khusus dalam menangani keperluan warga emas.

Malaysia berminat untuk meneroka pembangunan kehidupan warga emas sebagai segmen yang baru muncul dalam pasaran perumahan domestik, katanya.

Kor Ming berkata pihaknya telah memperuntukkan RM30,000 kepada Institut REHDA untuk membantu dalam penyelidikan berkaitan perkara itu. – BERNAMA
March 19, 2025
Source: Berita Harian
Share:

Recent Posts

Set high bar for redeveloping old buildings, say experts

Set high bar for redeveloping old buildings, say experts

The proposed Urban Renewal Act, positioned as a crucial step towards revitalising aging urban areas, has sparked a heated

March 19, 2025
Keselesaan hari tua

Keselesaan hari tua

Selain harga dan lokasi, aspek rekaan juga menjadi faktor utama yang menjadi tarikan untuk pembelian rumah impian.

March 19, 2025

Recent Auctions

1 Storey Terrace House

1 Storey Terrace House

Perumahan Kampung Padang, Pahang

RM 160,000

1 Storey Terrace House

1 Storey Terrace House

Taman Tennamaram, Selangor

RM 100,000

1 Storey Semi Detached House

1 Storey Semi Detached House

Taman Sri Pantai, Pahang

RM 350,000

Find Auction Property