AuctionPro.my

We are the exclusive marketing partner of LelongTips.com.my.

We display updated listings of auction properties in Malaysia and provide FREE assistance service for enquiries by telephone or online. Our below market value listing would benefit your property investment as well as for your own use.

go visit
 auctionpro.my
 
get in touch
 012-356 3866
 012-356 3866
 info@auctionpro.my

Rumah lot Bumiputera harga RM300,001-RM500,000 paling banyak tak terjual


PETALING JAYA: Unit kediaman lot Bumiputera berharga RM300,001 hingga RM500,000 paling banyak tidak terjual sepanjang separuh kedua tahun lalu, demikian menurut Tinjauan Sentimen Industri Hartanah Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA).

Presiden REHDA Malaysia, Datuk Ir Ho Hon Sang, berkata secara keseluruhannya sejumlah 72 peratus lot Bumiputera siap dibina tidak terjual dan sudah melebihi 36 bulan berada dalam pasaran.

"Ia satu trend yang kurang memberangsangkan. Julat harga RM300,001 hingga RM500,000 paling banyak (tidak terjual) dengan 77 peratus, diikuti kediaman bawah RM300,001 (lima peratus); RM500,001 hingga RM700,000 (tiga peratus); RM700,001 hingga RM1 juta (tujuh peratus); dan kediaman lebih RM1 juta (lapan peratus)," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media pengumuman hasil Tinjauan Sentimen Industri Hartanah REHDA (PSS) separuh kedua 2024 di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Presiden REHDA, Datuk Zaini Yusoff dan Mantan Presiden REHDA, Datuk N K Tong.

Mengulas lanjut mengenai keseluruhan kediaman tidak terjual, Hon Sang berkata, rumah berharga RM400,001 hingga RM500,000 menjadi komponen paling banyak tidak terjual pada separuh kedua tahun lalu.

Beliau berkata, komponen berkenaan mewakili 43 peratus daripada keseluruhan unit tidak terjual bagi tempoh tinjauan.

Malah, katanya, pasaran hartanah tempatan berdepan cabaran apabila sebanyak 41 peratus pemaju masih memiliki unit kediaman siap dibina tetapi tidak terjual sehingga 31 Disember 2024.

"Faktor utama yang menyebabkan lambakan unit tidak terjual adalah kadar penolakan pinjaman pembiayaan akhir yang tinggi serta permintaan pasaran yang masih perlahan.

"Berdasarkan tinjauan, masalah utama dalam mendapatkan pembiayaan adalah ketidaklayakan pendapatan pembeli, dokumen kewangan yang tidak mencukupi serta rekod kredit yang lemah.

"Ini memberi kesan kepada kadar penjualan hartanah, terutamanya dalam segmen harga pertengahan," katanya.

Menurut data REHDA, 50 peratus hartanah tidak terjual sudah berada dalam pasaran untuk tempoh 13 hingga 24 bulan, manakala 18 peratus lagi sudah melebihi 36 bulan, 28 peratus (0 hingga 12 bulan) dan empat peratus (25 hingga 36 bulan).

Dalam tinjauan sama, beliau berkata, majoriti pemaju melaporkan peningkatan kos operasi antara tiga hingga enam peratus sepanjang separuh kedua tahun lalu.

Katanya, cabaran dalam sektor pembinaan seperti harga bahan binaan yang tinggi, kekurangan bekalan dan ketidaktentuan dalam rantaian bekalan turut memberi tekanan kepada industri.

"Di samping itu, isu tenaga kerja seperti gaji yang tinggi, kekurangan pekerja serta proses kelulusan yang panjang menambah beban kepada pemaju.

"Kami berharap kerajaan dapat menangani isu ini dengan segera kerana sebarang kelewatan hanya akan meningkatkan kos dan memberi kesan negatif kepada keseluruhan industri dan ekonomi negara," katanya.

Mengenai prospek pasaran hartanah tahun ini, Hon Sang berkata, berdasarkan tinjauan REHDA, sentimen pemaju lebih neutral pada separuh pertama, sebelum berubah optimis bagi tempoh enam bulan berikutnya.

"Industri masih berdepan cabaran daripada pelbagai faktor seperti kenaikan tarif utiliti, semakan subsidi petrol, cukai yang tidak dijangka serta kos tambahan akibat syarat baharu yang dikenakan oleh pelbagai agensi.

"Bagaimanapun, REHDA tetap optimis kerajaan akan terus memberi perhatian kepada industri hartanah dalam memastikan pemaju dapat terus menyediakan kediaman berkualiti dan mampu milik kepada rakyat secara mampan serta dalam tempoh yang ditetapkan," katanya.
March 26, 2025
Source: Berita Harian
Share:

Recent Posts

Bank Negara: Risks contained for non-residential property sector despite challenges

Bank Negara: Risks contained for non-residential property sector despite challenges

Risks in the non-residential property (NRP) sector remained contained in the second half of 2024 (2H 2024) despite continued challenges

March 26, 2025
RUU URA: REHDA setuju cadangan longgar syarat pembangunan semula hartanah strata

RUU URA: REHDA setuju cadangan longgar syarat pembangunan semula hartanah strata

Cadangan melonggarkan syarat persetujuan serendah 75 peratus bagi pembangunan semula hartanah strata menerusi Rang Undang-Undang (RUU)

March 26, 2025

Recent Auctions

1 Storey Terrace House

1 Storey Terrace House

Taman Tennamaram, Selangor

RM 100,000

1 Storey Semi Detached House

1 Storey Semi Detached House

Taman Sri Pantai, Pahang

RM 350,000

1 Storey Terrace House

1 Storey Terrace House

Off Jalan Kampung Jawa, Pahang

RM 207,000

Find Auction Property