AuctionPro.my

We are the exclusive marketing partner of LelongTips.com.my.

We display updated listings of auction properties in Malaysia and provide FREE assistance service for enquiries by telephone or online. Our below market value listing would benefit your property investment as well as for your own use.

go visit
 auctionpro.my
 
get in touch
 012-356 3866
 012-356 3866
 info@auctionpro.my

Penting ada geran


Geran rumah adalah dokumen rasmi yang tidak hanya membuktikan pemilikan sah sesebuah hartanah, tetapi menjadi bukti hak milik yang diiktiraf di sisi undang-undang.

Bermakna, geran memberikan kepastian undang-undang kepada pemilik mengenai hak mereka terhadap hartanah.

Pemilik tidak boleh diusir sewenang-wenangnya tanpa proses undang-undang yang sah jika geran sudah didaftarkan dengan betul.

Tidak dinafikan, geran juga diperlukan untuk pelbagai urusan tertentu termasuk seperti permohonan pinjaman bank, pembaharuan pajakan dan urusan berkaitan harta pusaka.

Sekali gus ini menjadikannya sebagai dokumen penting untuk pengurusan hartanah secara keseluruhan.

Pada masa sama, geran diperlukan dalam proses jual beli hartanah dan ia memudahkan urusan pindah milik, pajakan dan gadaian. Tanpa geran sah, proses berkenaan boleh menjadi rumit dan berisiko.

Bagaimanapun, jika anda mendapati ada sebarang percanggahan atau keraguan dalam geran rumah umpamanya, segera rujuk kepada pejabat tanah galian, pejabat tanah daerah atau peguam hartanah.

Anda perlu mendapatkan pengesahan bertulis jika ada perubahan maklumat yang perlu dilakukan.

Dikongsikan langkah-langkah asas dalam memahami dokumen geran rumah:
1. Jenis pegangan
Dalam geran akan dinyatakan status tanah sama ada pegangan bebas (freehold) atau pegangan pajakan (leasehold).

Pegangan bebas membawa maksud hak milik kekal sementara pajakan pula mempunyai tempoh pajakan tertentu, biasanya 99 tahun.

Bagi tanah pajakan, tarikh luputnya biasanya pada muka depan geran. Ia penting boleh mempengaruhi nilai pasaran dan kemampuan pembeli untuk mendapatkan pinjaman.

2. Sekatan kepentingan
Semak dengan teliti sama ada terdapat sekatan seperti 'Lot Bumiputera' atau keperluan kelulusan daripada Pihak Berkuasa Negeri (PBN) untuk penjualan hartanah terutama bagi pajakan.

3. Maklumat pemilik
Teliti nama dan nombor kad pengenalan (atau dokumen pengenalan lain) yang tercatat dalam geran rumah adalah tepat.

Semak maklumat pengenalan diri tu adalah konsisten dengan dokumen rasmi lain.

Sebarang ketidaktepatan dalam maklumat boleh mengakibatkan masalah di kemudian hari.

4. Butiran tanah
Teliti saiz tanah, lokasi dan nombor lot seperti yang tercatat dalam dokumen. Ia penting bagi mengelakkan percanggahan maklumat dengan keadaan sebenar tanah.

Ia juga perlu selari dengan maklumat dalam perjanjian jual beli (Sales and Purchase Agreement (SPA) atau dokumen berkaitan.

Pelan lokasi tanah juga perlu dirujuk bagi memastikan nombor lot dan lokasi sebenar adalah tepat.

5. Periksa keberadaan kaveat
Perlu dipastikan tiada kaveat (halangan) yang diletakkan pada hartanah tanpa pengetahuan anda. Situasi itu boleh menyekat transaksi seperti jual beli atau pindah milik.
April 23, 2025
Source: Harian Metro
Share:

Recent Posts

Occupancy Certificates issue for old government buildings to be resolved

Occupancy Certificates issue for old government buildings to be resolved

The Local Government and Housing Ministry is currently taking steps to resolve the issue of OC

April 23, 2025
Pilih pemaju berwibawa

Pilih pemaju berwibawa

Memiliki rumah atau hartanah sendiri menjadi impian setiap orang apatah lagi ia bagaikan 'hadiah'

April 23, 2025

Recent Auctions

1 Storey Terrace House

1 Storey Terrace House

Bandar Baru Chendor, Pahang

RM 230,000

1 Storey Semi Detached House

1 Storey Semi Detached House

Taman Sri Pantai, Pahang

RM 350,000

1 Storey Terrace House

1 Storey Terrace House

Off Jalan Kampung Jawa, Pahang

RM 207,000

Find Auction Property