AuctionPro.my

We are the exclusive marketing partner of LelongTips.com.my.

We display updated listings of auction properties in Malaysia and provide FREE assistance service for enquiries by telephone or online. Our below market value listing would benefit your property investment as well as for your own use.

go visit
 auctionpro.my
 
get in touch
 012-356 3866
 012-356 3866
 info@auctionpro.my

Pilih pemaju berwibawa


Memiliki rumah atau hartanah sendiri menjadi impian setiap orang apatah lagi ia bagaikan 'hadiah' peribadi yang paling bermakna.

Dalam keterujaan anda mencari rumah yang sesuai sudah tentu berdepan pelbagai cabaran termasuk dilema memilih pemaju perumahan terbaik.

Dikongsikan beberapa langkah penting yang perlu diberi perhatian dan pertimbangkan pelbagai perkara sebelum membuat membeli rumah.

Elakkan terburu-buru membuat sebarang keputusan dalam pelaburan hartanah tanpa membuat sedikit kajian sama ada berkaitan perbandingan harga atau kualiti pemaju.

Sebenarnya tiada tempoh khusus untuk anda mengkaji dan mempertimbangkan pemaju pilihan anda.

Semestinya pemaju hebat kebiasaannya memiliki rekod prestasi yang baik, malah mempunyai kewujudan yang jelas di dalam talian, mempamerkan hasil kerja mereka dengan bangga dalam pembangunan yang mereka siapkan.

Malah anda boleh menggunakan pendekatan ini untuk mengukur sejauh mana anda selesa berurusan dengan pemaju berkenaan.

Seterusnya gunakan kemudahan 'Google' untuk mendapatkan maklumat tambahan berkenaan pemaju pilihan anda.

Hanya satu klik, anda boleh meninjau bukti pembangunan hartanah yang sudah atau sedang dibangunkan.

Setiap pemaju perumahan di Malaysia sepatutnya beroperasi dengan Permit Pengiklanan dan Lesen Pemaju (APDL). Sekiranya tidak, mereka bukan pemaju yang sah!

Mana-mana iklan oleh pemaju perumahan mesti menyertakan APDL. APDL ini akan memaparkan tarikh sah yang seharusnya dimohon untuk projek berkenaan, mengesahkan mereka mendapat kebenaran dari kementerian.

Sekiranya anda ragu-ragu sama ada ia sah atau tidak, perhatikan nombor APDL dan hubungi kementerian untuk pengesahan.

Antara sebab mengapa sesebuah projek diabaikan termasuk pengurusan yang lemah dan berlaku kegiatan penipuan.

Pemaju yang tidak jujur biasanya tidak berniat langsung untuk menghabiskan projek itu sama sekali.

Justeru, pastikan anda benar-benar yakin dengan kemampuan pemaju untuk menamatkan satu-satu projek.

Pemaju yang mempunyai rekod baik atau besar kebiasaannya memiliki pengalaman dan modal kewangan kukuh untuk menambahkan tahap keselamatan pembelian hartanah anda dengan kemungkinan projek akan diabaikan jauh lebih rendah disebabkan penutupan syarikat.

Jika anda masih was-was mengenai pembelian hartanah, mungkin sudah tiba masanya untuk anda merujuk golongan profesional berkaitan dunia hartanah itu sendiri.

Anda boleh mendapatkan ejen atau perunding hartanah yang sah. Ejen atau perunding hartanah yang sah adalah golongan profesional industri yang berdaftar dengan badan industri terkenal seperti Institut Ejen Hartanah Malaysia (MIEA).

Bagaimanapun, anda yang berdepan situasi sukar boleh merujuk kepada Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR).

Badan ini diperkenalkan pada 2002 untuk mengawasi undang-undang mengikut Akta Pembangunan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) 1966.

Tribunal ini membantu menyelesaikan pertikaian antara pemaju dan pembeli.

Pada masa sama, tribunal ini adalah proses pertikaian yang dimudahkan untuk membenarkan pembeli rumah menuntut hak mereka kepada pemaju yang gagal menyiapkan pembangunan yang dijanjikan, atau melanggar Akta Pembangunan Perumahan (HDA).
April 23, 2025
Source: Harian Metro
Share:

Recent Posts

Occupancy Certificates issue for old government buildings to be resolved

Occupancy Certificates issue for old government buildings to be resolved

The Local Government and Housing Ministry is currently taking steps to resolve the issue of OC

April 23, 2025
Penting ada geran

Penting ada geran

Geran rumah adalah dokumen rasmi yang tidak hanya membuktikan pemilikan sah sesebuah hartanah

April 23, 2025

Recent Auctions

1 Storey Semi Detached House

1 Storey Semi Detached House

Taman Sri Pantai, Pahang

RM 350,000

1 Storey Terrace House

1 Storey Terrace House

Off Jalan Kampung Jawa, Pahang

RM 207,000

4 Storey Detached House

4 Storey Detached House

Bukit Bandaraya, Kuala Lumpur

RM 6,840,000

Find Auction Property