AuctionPro.my

We are the exclusive marketing partner of LelongTips.com.my.

We display updated listings of auction properties in Malaysia and provide FREE assistance service for enquiries by telephone or online. Our below market value listing would benefit your property investment as well as for your own use.

go visit
 auctionpro.my
 
get in touch
 012-356 3866
 012-356 3866
 info@auctionpro.my

Rumah Lelong Jimat Kos

KETIKA orang lain meninjau projek kediaman baru dengan barisan pilihan kediaman serba moden, dia lebih senang memilih rumah dalam senarai lelongan yang mungkin berusia lebih 10 tahun

Ini kerana, bagi Muhammad Faidzullah Ramli, 26, rumah lelong ditawarkan pada harga yang jauh lebih rendah berbanding nilai pasaran semasa.

“Saya memang merancang untuk membeli kediaman sendiri, namun belum berhasrat mendiami rumah yang dibeli. Ia lebih kepada untuk pelaburan jangka panjang.

“Berikutan itu, saya berfikir untuk membeli rumah yang tidak menelan kos terlalu tinggi dan rumah lelong adalah cara terbaik,” katanya kepada P&P di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menurutnya, menyedari dirinya tidak mempunyai pengalaman dalam proses pembelian rumah, apatah lagi membabitkan proses lelongan, dia memilih menggunakan khidmat ejen.

“Ada pihak yang mungkin enggan menggunakan ejen kerana memikirkan isu komisen, namun bagi saya ia cara yang selamat dan berisiko rendah.

“Malah, ejen yang membantu saya ini juga akhirnya menjadi rakan dan sering menjadi rujukan sekiranya saya perlukan sebarang pandangan berkaitan hartanah,” katanya.

Kediaman pertama yang dimiliki melalui proses lelongan adalah daripada jenis pangsapuri empat tingkat yang diperoleh pada harga RM60,000. Ia terletak di Klang dengan nilai semasa unit berkenaan sekitar RM90,000.

“Saya membayar ansuran bank kira-kira RM270 saja sebulan dan jumlah berkenaan tidak membebankan kewangan saya.

“Walaupun ada pihak yang mungkin sedikit skeptikal dengan rumah lelong, bagi saya tidak ada salahnya memiliki rumah daripada kategori ini.

“Sebelum menyertai lelongan, saya akan melihat unit berkenaan terlebih dahulu dan hanya meneruskan penyertaan jika berpuas hati dengan keadaan rumah berkenaan.

“Saya hanya mengeluarkan perbelanjaan antara RM2,000 hingga RM5,000 saja untuk menceriakan keadaan rumah itu dan tidak ada sebarang kerja ubah suai atau pembaikan besar-besaran perlu dilakukan,” katanya.

Katanya, setakat ini dia sudah memiliki tiga kediaman dengan semuanya daripada kategori lelong.

“Apa yang paling penting adalah kita perlu pastikan profil kewangan yang baik. Jika baru memulakan kerjaya, jangan buat sebarang ‘hutang jahat’.

“Selain itu, kita juga perlu pandai menilai antara keperluan dan kehendak kerana sebarang keputusan membabitkan kewangan perlu dimulakan dengan penilaian yang baik,” katanya.


November 15, 2019
Source: HarianMetro
Share:

Recent Posts

Occupancy Certificates issue for old government buildings to be resolved

Occupancy Certificates issue for old government buildings to be resolved

The Local Government and Housing Ministry is currently taking steps to resolve the issue of OC

April 23, 2025
Pilih pemaju berwibawa

Pilih pemaju berwibawa

Memiliki rumah atau hartanah sendiri menjadi impian setiap orang apatah lagi ia bagaikan 'hadiah'

April 23, 2025

Recent Auctions

1 Storey Terrace House

1 Storey Terrace House

Bandar Baru Chendor, Pahang

RM 230,000

1 Storey Terrace House

1 Storey Terrace House

Perumahan Kampung Padang, Pahang

RM 160,000

4 Storey Detached House

4 Storey Detached House

Bukit Bandaraya, Kuala Lumpur

RM 6,840,000

Find Auction Property