AuctionPro.my

We are the exclusive marketing partner of LelongTips.com.my.

We display updated listings of auction properties in Malaysia and provide FREE assistance service for enquiries by telephone or online. Our below market value listing would benefit your property investment as well as for your own use.

go visit
 auctionpro.my
 
get in touch
 012-356 3866
 012-356 3866
 info@auctionpro.my

Harga Rumah Baharu Dijangka Turun Pasca COVID-19



Harga rumah baharu dijangka turun apabila pemaju bakal melakukan pelarasan dalam projek masing-masing selepas mengambil kira situasi ekonomi yang lembap pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan COVID-19.

Presiden Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (REHDA), Datuk Ir Soam Heng Choon, berkata pemaju menyedari tahap kemampuan pembeli selepas PKP akan berubah dibandingkan sebelum perintah dilaksanakan, yang mana ramai dijangka terjejas disebabkan oleh pemberhentian kerja atau pengurangan gaji.

"Sehubungan itu, boleh dikatakan akan ada pelarasan atau pembetulan dalam harga hartanah pasca COVID-19 bergantung kepada senario ekonomi negara ketika itu.

"Pemaju juga dijangka tidak akan melancarkan sebarang projek baharu serta-merta dalam tempoh beberapa bulan selepas PKP berakhir nanti," katanya kepada BH.

Mengulas lanjut, Heng Choon berkata, pasaran hartanah sekunder akan menjadi petunjuk kepada pemaju dalam melakukan pelarasan harga berkenaan.

Katanya, jika pasaran sekunder mengalami penurunan, maka pemaju juga akan menurunkan harga jualan rumah baharu.

"Ketika ini, kita dapati pasaran sekunder masih dalam keadaan baik dan tiada jualan harga terlalu rendah atau 'fire sales' berlaku, malah jika ada penurunan yang berlaku pun, nilainya tidak berapa ketara.

"Ini kerana, pasaran hartanah disokong oleh pelaksanaan moratorium selama enam bulan yang memberi ruang kepada pengguna untuk terus bertahan meneruskan kehidupan dan tiada keperluan untuk menjual rumah mereka.

"Kita juga berharap, kerajaan dapat melanjutkan lagi tempoh moratorium ini sehingga akhir tahun ini bagi memberi lebih banyak ruang kepada rakyat menampung kehidupan, terutama yang terjejas selepas diberhentikan kerja," katanya.

Mengenai unjuran keadaan pasaran hartanah untuk tahun ini, Heng Choon berkata, pasaran akan menjadi lembap didorong oleh sentimen pengguna yang dijangka negatif.

Namun, tegasnya pasaran dijangka kembali pulih pada separuh kedua tahun depan berdasarkan jangkaan yang dibuat oleh kerajaan bahawa ekonomi negara akan pulih pada 2021.

"Pasaran hartanah biasanya akan kembali pulih enam bulan selepas itu. Ia sedikit lambat kerana ekonomi perlu bergerak dahulu dan sentimen pengguna kembali pulih, barulah harga hartanah akan pulih semula.

"Jadi, kita jangkakan separuh kedua 2021 untuk harga kembali stabil," katanya.

May 14, 2020
Source: Berita Harian
Share:

Recent Posts

More affordable housing making its way to market

More affordable housing making its way to market

Kenanga Research says the property sector continues to improve based on what it sees dissipating concerns over affordability...

January 8, 2025
Harga rumah bertanah di KL, PJ dijangka naik tiga hingga empat peratus

Harga rumah bertanah di KL, PJ dijangka naik tiga hingga empat peratus

Harga rumah kediaman bertanah dua tingkat di Lembah Klang, khususnya di Kuala Lumpur (KL) dan Petaling Jaya (PJ)...

January 8, 2025

Recent Auctions

1 Storey Detached House

1 Storey Detached House

Taman Berjaya Permai, Pahang

RM 500,000

1 Storey Terrace House

1 Storey Terrace House

Taman Harapan, Pahang

RM 340,000

1 Storey Terrace House

1 Storey Terrace House

Bandar Baru Chendor, Pahang

RM 220,000

Find Auction Property